28 September 2009

Israel halang Palestin ke Masjid Al-Aqsa

Terkini, jam 1.45 petang (Malaysia)/ 7.45 pagi (Palestin/Mesir): Penakluk (Israel) mengawal ketat dan menutup pintu masuk ke Masjid Al-Aqsa dari dimasuki ribuan warga Palestin. Dalam operasi itu, tentera Israel turut melepaskan tembakan dan gas pemedih mata ke arah warga Palestin. Sumber 28/09/09, web berita Shehab.ps

26 September 2009

Israel dihantui serangan roket

Terkini, jam 4.15 petang (Malaysia)/ 10.15 pagi (Palestin/Mesir): Pihak penjajah (Israel) memberikan taklimat keselamatan kepada warga Israel. Taklimat tersebut adalah rentetan sebagai persediaan menghadapi gelombang serangan roket kumpulan pejuang Palestin, JIHAD ISLAMI berikutan 3 pejuang dari SARAYA AL-QUDS(sayap tentera JIHAD ISLAMI yang syahid dalam satu serangan Israel semalam di Semenanjung Gaza semalam (25/09/09). Sumber 26/09/09, web berita Shehab.ps


Kemaskini jam 9.50 malam (Malaysia)/ 3.50 petang (Palestin/Mesir) : Sumber perubatan melaporkan bahawa 17 penduduk Palestin parah dalam satu kejadian serangan dari pihak penakluk (Israel). Dijelaskan, serangan Israel itu ketika penduduk mengiringi jenazah. Sumber 26/09/09, web berita Shehab.ps


3 pejuang SARAYA AL-QUDS syahid (sumber asal berita)

Sebuah kereta yang dinaiki 3 pejuang SARAYA AL-QUDS (sayap tentera kumpulan JIHAD ISLAMI) dibedil pesawat tempur Israel malam semalam di Hayyu Tufah, Gaza.

Berikutan kejadian itu, 3 pejuang tersebut syahid. Mereka ialah Kamil Dahduh, Mahmud Al-Bina dan Mohammad Marshud.

Berkata Mu'awiyah Husnain, Pengarah Am Bahagian Kecemasan di Kementerian Kesihatan kepada agensi berita bahawa mayat 3 pejuang itu dibawa ke hospital dalam keadaan serpihan kerana letupan yang kuat dari bedilan Israel.

Komander SARAYA AL-QUDS, Abu Ahmad menyatakan bahawa pengeboman yang dilancarkan Israel membuka peluang kepada kumpulan pejuangnya dan semua kumpulan pejuang bagi membalas permusuhan Israel.

"Pengeboman ini tidak akan berlaku jika tidak ada pertemuan Mahmoud Abbas dengan pihak penakluk", jelas beliau.

Tambah beliau lagi, pihaknya akan membalas segera serangan Israel itu. Sumber 26/09/09 jam 3.22 pagi, web berita Shehab.ps

Sumber terus melaporkan bahawa pihak Palestin melancarkan serangan roket buatan tempatan ke arah penempatan Israel, Ushkul.

24 September 2009

Roket jenis al-Qassam gugur di selatan Israel

Laporan dari akhbar Israel hari ini memaparkan, satu serangan roket yang dilancarkan dari utara Semenanjung Gaza telah jatuh ke sebuah kawasan lapang di Ushkul, selatan Israel.

Sumber menyatakan, berita tersebut dipetik dari sebuah akhbar Israel Yehudioth Ahronouth (web berita). Bagaimanapun, akhbar tersebut tidak melaporkan kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda.

Sumber menjelaskan, belum ada dari mana-mana kumpulan pejuang yang mengakui melancarkan serangan tersebut. Sumber 24/09/09, berita Al-Jazeerah

9 penduduk Palestin ditangkap

Tentera Israel terus menggempur kawasan pendudukan Palestin, Tebing Barat. Menurut sumber, dalam satu operasi ketenteraan, pihak tentera Israel telah menangkap 9 penduduk Palestin awal pagi tadi.

Sumber dari radio Israel melaporkan, mereka yang ditangkap itu adalah atas alasan dikehendaki pihak keselamatan Israel. Walaubagaimanapun, tidak diumumkan sembilan yang ditangkap itu dari mana-mana kumpulan pembebasan Palestin. Tambah lagi, kesemua yang ditangkap telah dibawa ke bahagian keselamatan untuk siasatan.

Sementara itu, penduduk Palestin pula mengatakan operasi penangkapan ini turut menjadikan orang awam sebagai mangsa. Sumber 24/09/09, web berita Al-Jazeerah