03 Januari 2010

Mesir buka sempadan Rafah

Menurut sumber, pihak pengurusan sempadan Rafah Mesir berkata Pihak Berkuasa Mesir akan membuka sempadan Rafah selama 3 hari bermula hari ini(ahad). Sumber lain menyatakan sempadan dibuka selama 4 hari.

Sebagaimana dijelaskan, pembukaan sempadan bagi penduduk Palestin melintasi dari dua arah(Mesir-Gaza) termasuklah rombongan 'Viva Palestin 3'. Bagaimanapun, aktivis dari Negara luar yang telah berada di Arish semenjak Ahad lepas tidak akan dibenarkan masuk ke Gaza.

Pihak pengurusan menjelaskan lagi bahawa tempoh 3 hari pembukaan sempadan Rafah adalah kepada mereka yang mempunyai visa ataupun visa belajar ke Mesir. Bagi penduduk Palestin yang memerlukan rawatan pula disyaratkan membawa dokumen yang berkaitan bagi membuktikan tujuan tersebut, dengan demikian akan dibenarkan masuk ke Mesir.

Jumlah bilangan penduduk Palestin yang dibenarkan melintasi sempadan tidak ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Mesir. Sumber 03/01/2010, suratkhabar al-Dustur dan berita al-Jazeerah

Israel tangkap lagi 3 Palestin

Sumber melaporkan tentera Israel menangkap 3 penduduk Palestin di Tebing Barat awal pagi tadi.

Sehingga kini mengikut analisis dari Pihak Berkuasa Palestin bahawa jumlah penduduk Palestin yang ditangkap Israel sebanyak 7,500. Perangkaan ini adalah di akhir 2009(31/12/09,al-Jazeerah). Sumber 03/01/2010, berita al-Jazeerah