04 Januari 2010

Viva Palestina 3 telah sampai di Arish

Sebagaimana yang dijadualkan, rombongan 'Viva Palestina 3' telah sampai ke Pelabuhan Arish Mesir hari ini. Menurut sumber, sebilangan besar aktivis rombongan tersebut menaiki kapal terbang Syria, manakala hanya 12 aktivis sahaja yang dibenarkan menaiki kapal laut Turki yang membawa muatan kereta, ambulan dan bas(pengangkutan rombongan Viva Palestin). Dijelaskan, kapal tersebut hanya dikhususkan untuk muatan kargo barang.

Sumber menyatakan dari seorang krew al-jazeerah yang turut mengiringi rombongan tersebut berkata, sebuah bot perang Israel cuba menghadang perjalanan kapal tersebut ketika dalam pelayaran ke Arish dari pelabuhan Allaziqiah, Syria

Tambah Kapten Kapal, Behader Jan Kelul pula dia terpaksa mengubah laluan pelayarannya sejauh 20-30 meter dari laluan asal bagi menjauhi gangguan tentera laut Israel.

Katanya lagi, jika tentera Israel cuba mengancam kapalnya, maka tentera laut Turki akan segera memberi bantuan kerana mereka tahu kapal ini membawa bantuan kemanusiaan, perubatan, makanan dan ambulan.

Fakta 'Viva Palestina 3':

- 220 buah pengangkutan yang terdiri daripada kereta, bas dan ambulan digunakan selama dalam rombongan tersebut.
- Viva Palestina 3 diketuai George Galloway(dalam gambar), ahli parlimen Britain. Bersamanya dalam rombongan seramai 465 aktivis dari 17 buah Negara.
- Rombongan tersebut membawa bantuan kemanusiaan, makanan dan
perubatan hasil sumbangan masyarakat dari Eropah, Turki dan Negara-negara Arab.
- Viva Palestina 3 dijadualkan tiba di Semenanjung Gaza pada 27 Disember 2009 bagi memperingati tarikh serangan Israel ke atas Gaza. Bagaimanapun, rombongan tersebut terkandas di Aqabah disebabkan perlu mengikut prosedur-prosedur yang diminta oleh Mesir.
Sumber 04/01/2010, berita al-Jazeerah

Pautan lain:

George Galloway (wikipedia, web rasmi)

"Ikuti perjalanan Viva Palestina 3 ke Gaza selepas ini"

Pertemuan Mubarak dan Abu Mazen pagi ini bincang "usaha perdamaian"

Sumber Mesir melaporkan Presiden Mesir, Housni Mubarak akan bertemu dengan Mahmoud Abbas(Abu Mazen), Presiden Palestin di bandar Sharm El-Sheikh, Mesir.

Pertemuan kedua pemimpin tersebut adalah kesungguhan Mesir yang berterusan bagi menggerakkan usaha perdamaian antara Palestin dengan Israel.

Menteri Luar Mesir, Ahmad Abul Gheit berkata pertemuan tersebut akan membincangkan hasil pertemuan antara Presiden Mesir dengan Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel yang berlangsung pada hari selasa
lepas mengenai 'bentuk usaha untuk menggerakkan usaha perdamaian yang mempastikan hak-hak(kepentingan) Palestin tercapai'.

Sementara itu, Husam Zaki, Jurucakap Kementerian Luar Mesir menafikan adanya Pertemuan Tiga Penjuru yang menemukan Housni Mubarak, Abbas dan Netanyahu.

Sebagaimana sumber wakil ((Al-Ahram, akhbar harian Mesir yang dekat dengan Kerajaan)) menyatakan pertemuan Mesir dengan Palestin hari ini adalah sebelum lawatan delegasi Menteri Mesir, Ahmad Aboul Gheit dengan Wazir Omar Sulaiman, Ketua Bahagian Perisikan Mesir berlepas ke London dan Washington pada 7 dan 8 Januari ini untuk mengemukakan pandangan Mesir serta membincangkan sekitar pandangan Israel, Amerika Syarikat secara khusus jalan bagi usaha perdamaian.

Berikutan pertemuan pagi ini, Duta Palestin ke Kaherah, Barkat Al-Fira berkata hadaf pertemuan adalah bagi keselarasan pendirian Mesir-Palestin sebelum lawatan delegasi Mesir ke Amerika untuk menyatakan pandangan Arab berhubung usaha perdamaian dan perlu hentikan pembinaan penempatan Israel.

Rentetan kepentingan Palestin, delegasi HAMAS yang diketuai Khaled Mashal telah bertemu dengan Menteri Luar Kerajaan Saudi di Riadh semalam.

Mashal dalam pertemuan tersebut menafikan HAMAS ingin menandatangani memorandum persefahaman dengan FATAH di Damsyik, Syria.

Sementara itu, Ismail Haniah, Perdana Menteri Kerajaan Palestin di Gaza juga mempastikan bahawa persetujuan tandatangan itu adalah di Mesir dengan penyusunan yang baru malah dapat membentuk satu Kerajaan yang mengikut persetujuan keseluruhan Palestin.

Sehubungan itu, FATAH telah menandatangani draf(dokumen) kepentingan Palestin yang diseliakan oleh Mesir bahkan HAMAS ditohmah menggagalkan usaha tersebut kerana tidak menandatangani dokumen itu.

Khaled Mashal dalam kenyataannya, HAMAS akan menandatangani dokumen itu sekiranya boleh dirombak dan disertakan pandangan HAMAS. Sumber 03/01/2010, berita al-Jazeerah dan 04/01/2010, suratkhabar al-Ahram