09 Januari 2010

Lagi serangan Israel di Gaza

Seorang penduduk Palestin mengalami kecederaan yang kritikal setelah Israel mengebom pertengahan Gaza. Sumber 09/01/2010, berita al-Jazeerah

Viva Palestina selamat keluar dari Mesir

Menurut sumber, Kerajaan Mesir membenarkan kesemua anggota rombongan(konvoi) 'Viva Palestina 3' berlepas keluar dari Mesir.

Sementara itu, Menteri Luar Mesir, Ahmad Abul Gheit ketika lawatan rasmi ke Washington semalam berkata, pihaknya tidak akan membenarkan lagi konvoi bantuan ke Gaza sebagai tindak balas kerana beberapa anggota Viva Palestina 3 melakukan kekacauan dan jenayah di Arish, Mesir.

Beliau berkata lagi, pihaknya tidak akan membenarkan lagi konvoi-konvoi bantuan ke Gaza melainkan dengan Badan Kerajaan, Bulan Sabit Merah Mesir. Sumber 09/01/2010, berita al-Jazeerah