15 Januari 2010

Gesa meneliti keadaan bandar Al-Quds

Persidangan Tahunan kali-7 yang diadakan oleh Yayasan Al-Quds Sedunia di Beirut menggesa Negara Arab dan Islam supaya mengadakan segera pertemuan bagi meneliti kedudukan dan keadaan bandar Al-Quds.

Persidangan tersebut turut memilih Dr.Yusof Qardhawi sebagai Pengerusi Majlis Keamanan Yayasan Antarabangsa Al-Quds tanpa ada sebarang tentangan.

Sementara itu, Pertemuan Antarabanga Arab bagi menyokong Gerakan Penentangan bermula hari ini, di Beirut. Sumber 15/01/2010, berita al-Jazeera

Desak tangkap Barak

Menjelang lawatan Menteri Perang(Pertahanan) Israel, Ehud Barak ke Turki dalam masa terdekat, beberapa Badan bukan Kerajaan dan NGO telah mengadakan demontrasi di hadapan sebuah mahkamah di Turki.

Sumber menyatakan, demontrasi yang diadakan adalah bagi mendesak supaya Ehud Barak ditangkap kerana melakukan jenayah perang di Gaza tahun lalu. Sumber 15/01/2010, berita al-Jazeerah

Delegasi Eropah ke Gaza

Sebuah delegasi yang disertai 50 individu yang mewakili 12 buah Negara dari benua Eropah mengadakan lawatan ke Semenanjung Gaza.

Menurut sumber, delegasi Eropah memasuki Gaza melalui sempadan Rafah, Mesir.

Dari pihak Mesir, jurucakap rasmi Kementerian Luar, Husam Zaki berkata, 'penyelarasan antara delegasi Eropah dengan Pemerintah Mesir telah disepakati'. Husam turut menafikan sebarang permasalahan yang wujud dengan delegasi tersebut.

Lawatan ini sebagaimana yang dinyatakan adalah bertujuan meneliti kesan perang Israel ke atas Gaza dan membebaskan Gaza dari sekatan Israel.

Di Gaza, delegasi Eropah akan bertemu dengan anggota-anggota Majlis Legislatif Palestin. Antaranya Dr.Ahmad Bahr, Speaker Majlis Legislatif Palestin yang menyambut ketibaan delegasi rasmi itu.

Dijadualkan, delegasi Eropah akan melawat kawasan dan infrastrukstur Kerajaan yang musnah teruk akibat serangan Israel ('operation cast lead', 27/12/2008-18/01/2009).

Sumber lain yang menukilkan kenyataan Gerald Koffman, Ketua Delegasi tersebut menegaskan bahawa ahli-ahli parlimen yang menyertai lawatan ini akan membuat tindakan susulan di Eropah bagi membebaskan Gaza dari sekatan Israel dengan menekan Kesatuan Eropah agar membuat ketetapan berikutan kesengsaraan 1.5 juta penduduk Palestin di Gaza yang terkepung dengan keadaan tidak berperikemanusian dalam tempoh hampir empat tahun. Sumber 15/01/2010, berita al-Jazeerah dan suratkhabar Misril-Youm

Ruang dialog dengan Mesir

Wakil dari Kerajaan Palestin di Gaza berkata, seorang tentera Mesir yang mati akibat ditembak ketika berkawal di sempadan Rafah Mesir pada 6 Januari lalu bukannya tembakan dari Palestin tetapi tembakan dari tentera Mesir.

Sementara itu, Kerajaan Palestin di Gaza mengalu-alukan kenyataan Kementerian Luar Mesir berikutan ruang bicara dengan HAMAS masih dibuka.

Di Tebing Barat, pertemuan di antara Penasihat Keselamatan Negara Amerika Syarikat, James Jones dengan Abu Mazen(Mahmud Abbas yang menurut HAMAS telah berakhir tempoh penggal jawatan Presiden Palestin) telah diadakan di Ramallah.

Antara perbincangan kedua pihak ini adalah berkisar kepada Daulah Palestin yang turut merangkumi masah sempadan dan penetapan sandaran asas persempadanan.

James turut bertemu dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di Al-Quds.

Sumber menjelaskan perbincangan James dengan Netanyahu tertumpu kepada nuklear Iran, dasar kongres Amerika yang menyokong pendirian Israel dan tindakan yang baru bagi membekukan projek pembinaan penempatan Israel. Sumber 14/01/2010, berita al-Jazeera

AS tinjau kawasan pembinaan tembok keluli

Sumber menyatakan delegasi tentera dari Amerika Syarikat meninjau kawasan tembok keluli yang dipasang oleh Mesir di sempadan Rafah Mesir-Gaza.

Dijelaskan, pemasangan jaringan besi dan penuangan konkrit di bawah laut mediterenian telah dijalankan. Dengan pemasangan jaringan besi ini akan bersambungan dengan tembok keluli yang di bina bawah pasak bumi di sepanjang sempadan Rafah Mesir-Gaza. Kedalaman tembok keluli sebagaimana dinyatakan sekitar 20-30 meter. Sumber 14/01/2010, berita al-Jazeerah