19 Januari 2010

Israel tangkap 10 Palestin, roboh rumah Palestin, seorang tahanan Palestin dibebaskan

Sumber melaporkan tentera penjajah(Israel) menangkap 10 penduduk Palestin di Tebing Barat.

Sementara itu, turut dinyatakan bahawa sebuah rumah hak milik Palestin dirobohkan sebahagian rumahnya oleh tentera Israel. Kejadian ini berlaku berdekatan Jenin, Tebing Barat.

Dari laporan lain pula, seorang tahanan Palestin, Ali Hassan Shalaladah yang ditawan Israel selama 20 tahun telah dibebaskan dari penjara Israel. Dijelaskan, pembebasan tersebut berikutan tahap kesihatannya yang teruk. Sumber 19/01/2010, berita Al-Jazeerah

81 Yahudi Falasha: Dari Ethiopia ke Israel

Usaha perpindahan bangsa Yahudi terus digiatkan dari tahun ke tahun.

Sebagaimana yang dinyatakan, sejumlah 81 penduduk Ethiopia yang berasal dari bangsa Yahudi telah sampai ke Israel. Selain itu, perancangan untuk memanggil 3000 lagi penduduk Ethiopia dari bangsa Yahudi ke Israel dalam perlaksanaan. Sumber 19/01/2010, berita al-Jazeerah

[MAP] Agenda dan perancangan Israel ini memang berterusan demi menunaikan impian mereka. Israel mendakwa tanah Palestin yang ada sekarang ini adalah 'sebuah tanah yang dijanjikan untuk mereka'. Maka, Israel terus berusaha membina penempatan Yahudi di Tebing Barat meskipun kawasan yang dipersetujui milik Palestin turut dinodai Israel.

Tidak hairan, jika tuntutan dari Palestin bagi membenarkan 'hak kembali/pulang' tidak diendah malah Israel menafikan hak pulang bagi penduduk Palestin yang berselerak di Negara-negara lain ke tanah Palestin.

Pihak Berkuasa Palestin pula menjudikan usaha untuk mengadakan semula rundingan damai dengan Israel dengan syarat Israel mesti membekukan penempatan Yahudi di Tebing Barat, namun Israel tetap meneruskan pembinaan.

Sehingga kini, walaupun Amerika Syarikat mendesak(memujuk) Israel agar menghentikan pembinaannya tetapi kesudahannya tetap begitu. Sedang suara Arab memaksa Israel kembali ke meja rundingan damai, Israel pula giat memanggil pulang setiap bangsa yang berasal dari bangsa Yahudinya.

Sewajarnya, Arab perlu kembali kepada pendiriannya yang tetap dengan kebenaran dan memaksa pihak yang lari dari landasannya yang asal juga kembali ke pangkuan yang benar-benar betul. Selagimana, Arab tidak bertindak sedemikian, maka tanah Palestin yang ada masa ini mungkin akan berubah nama kepada Israel.

Pautan:

1) Yahudi Falasha (wiki/arabic)
2) Web berita (al-Doustour). Petikan, بدأت اسرائيل امس عملية تهجير واسعة ومنظمة لالفين من "يهود الفلاشا" ، وقال صحيفة معاريف الاسرائيلية ان الدفعة الاولى من مهاجري "الفلاشا" وعددهم 81 وصلوا امس من اثيوبيا الى اسرائيل.