
Sumber peta dari google
Sir Gerald Kaufman,(gambar) ahli parlimen Britain dalam kenyataan sidang akhbarnya berkata, beliau bersama rakan sejawatnya akan memberi desakan dan menekan Kerajaannya bagi mengambil satu pendirian yang tegas menentang Israel.
Pada 15/01/2010, beliau mengetuai sebuah rombongan rasmi Eropah melawat Semenanjung Gaza. Ketika meninjau kawasan yang musnah teruk akibat perang Israel ke atas Gaza(27/12/08-18/01/09, "cast lead operation") pada 16/01/2010. Rombongan tersebut juga akan mengemukakan bantahan terhadap usaha Kerajaannya yang merombak undang-undang bagi melindungi beberapa individu Israel yang terdiri daripada kabinet menteri dan pegawai-pegawai tentera Israel agar tidak disabitkan 'jenayah perang'.
Menurut agensi berita Agence France-Presse(AFP), 15/12/09 melaporkan bahawa London akan membuat perubahan undang-undang pengadilan berhubung waran tangkap ke atas Tsipi Livni(Presiden Parti Kadima), bekas Menteri Luar Israel.
Sementara itu, tentera Israel menangkap lagi 9 penduduk Palestin di Tebing Barat. Sumber 21/01/2010, berita al-Jazeerah dan arkib catatan 15/12/09, 16/01/2010