03 Februari 2010

Seorang pejuang Al-Qassam syahid

Menurut sumber, seorang pejuang dari KATAIB IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS), Abu Dujanah Abdul Rahman Abdullah Abdul Rahman(23) dari Hayyu Syeikh Ridhuan, Gaza menemui syahid pagi tadi.

Memetik sumber dari web rasmi Al-Qassam, as-Syahid menemui Allah Ta'ala sewaktu menunaikan satu tanggungjawab; 'jihad'. Sumber 03/02/2010, web rasmi al-Qassam dan berita al-Jazeerah

2 kanak-kanak parah dalam satu letupan

Menurut sumber, sebuah kereta seorang pemimpin HAMAS, Yusof Sorsur telah diletup, lantas mengakibatkan 2 kanak-kanak perempuan dari ahli keluarganya mengalami luka parah. Kejadian berlaku di kawasan Muaskar, barat Khan Yunus semalam.

Sementara itu, beberapa lagi laporan berhubung laporan letupan di beberapa kawasan di Gaza, iaitu pusat cyber cafe, restoran dan beberapa buah kereta.

Sumber polis mengesahkan bahawa siasatan masih dijalankan bagi mengesan identiti pihak yang melakukan kerja tersebut sebelum dikenakan tindakan undang-undang.

HAMAS mengecam keras 'kerja meletup' itu malah HAMAS mengungkapkan percubaan dari pihak penjajah dan pihak yang ada kaitan dengan penjajah bagi mencetuskan 'ketegangan'. Sumber 03/02/2010, suratkhabar Shourouk dan berita al-Jazeerah, 02/02/2010

Mesir sambut baik seruan HAMAS

Jurucakap rasmi Kementerian Luar Mesir mengumumkan semalam bahawa Kaherah menyambut baik seruan yang terus-menerus dari pemimpin HAMAS(gambar di sebelah:logo HAMAS) yang mahukan usaha pembaikan Palesin tercapai. Bagaimanapun, Mesir menegaskan bahawa dokumen permeteraian bagi perpaduan Palestin yang dicadangkan oleh Mesir tidak boleh dirombak.

Berkata Husam Zaki dalam kenyataannya, 'Kenyataan yang terus-menerus dari pemimpin HAMAS yang mahukan usaha pembaikan Palestin tercapai amat dialu-alukan."

Jelas beliau, kemahuan seumpama ini bagaikan hilang setelah HAMAS berundur dari mempersetujui 'persepakatan' pada 10 Oktober tahun lepas dalam dokumen permeteraian yang dicadangkan oleh Mesir(gambar di sebelah: hijau, kedudukan Negara Mesir). Menurut beliau, HAMAS juga tidak hadir pada 25 Oktober tahun lepas untuk menandatangani cadangan Mesir, kemudian memberi hujah wujudnya perselisihan di dalam dokumen tersebut sekalipun telah dipersetujui.

Menjawab persoalan berhubung pendirian Mesir bagi membuka semula dokumen permeteraian untuk dilakukan rombakan, beliau menyatakan, tindakan seperti ini akan menggagalkan agenda pembaikan sehingga masa yang tidak diketahui.

Jelas beliau lagi, bila dokumen tersebut dibuka kepada satu-satu Kumpulan Pembebasan Palestin(Gerakan Pembebasan) untuk dirombak bermakna 'dibuka' untuk semua Kumpulan malah usaha seperti berundur ke belakang.

Jurucakap rasmi Kementerian Luar Mesir mempastikan bahawa kepentingan(usaha pembaikan Palestin) adalah keperluan pada masa ini bagi merencanakan agenda kebangsaan Palestin; iaitu mengembalikan semula hak-hak Palestin dan menubuhkan Negara Palestin sebagaimana yang dikehendaki oleh Kumpulan ataupun Gerakan Pembebasan Palestin. Matlamat Mesir pula adalah berusaha agar tercapai dan sesekali tidak akan mengabaikan tanggungjawabnya.

Husam menegaskan, pendirian Mesir menggambarkan amat perlu kepada persetujuan sebagai langkah utama ke atas dokumen permeteraian ini sebelum mengambil semua 'pemerhatian' dari Kumpulan-kumpulan dan Gerakan Pembebasan untuk langkah perlaksanaan. Sumber 03/02/2010, suratkhabar Shourouk dan al-Ahram

3 parah di sempadan Mesir-Gaza

Menurut sumber, 3 penduduk Palestin mengalami luka parah dalam beberapa serangan Israel yang mensasarkan terowong bawah tanah yang terletak di antara sempadan Mesir-Semenanjung Gaza.

Sumber Gaza pula melaporkan, seorang pemuda Palestin, Mahrous al-Nazr(22) dari Jabaliya telah syahid dalam pengeboman zionis ke atas garisan sempadan Mesir-Semenanjung Gaza.


Berdasarkan sumber Pihak Keselamatan Gaza berkata, pesawat tempur Israel jenis F-16 melancarkan 4-5 serangan ke atas Lapangan Terbang Antarabangsa Gaza(bandar Rafah) dan beberapa serangan ke atas kawasan terowong bawah tanah awal pagi tadi. Serangan tersebut mengakibatkan, 3 penduduk Palestin parah, sejurus selepas itu, diumumkan Mahrous al-Nazr telah syahid.

Sumber menjelaskan, seiring dengan serangan tersebut, pihak penjajah turut menceroboh timur Beit Hanoun yang disokong beberapa buah kereta kebal dan buldozer. Selain itu, kawasan bebas di utara Gaza turut diceroboh Israel.
Sumber 03/02/2010, berita al-Jazeerah, web berita aqsatv.ps dan web berita IslamToday.net