10 Februari 2010

Keamanan Palestin menangkap 9 anggota HAMAS, Israel menangkap 6 Palestin

Sumber dari HAMAS mendakwa Keamanan Palestin telah menangkap 9 anggota HAMAS di Tebing Barat. Sebagaimana yang dijelaskan dalam kenyataan akhbar HAMAS bahawa penangkapan ke atas anggotanya meliputi beberapa tempat; Tulkram, Qalqiliah, Jenin(laporan United Press International).

Sementara itu, sumber turut melaporkan tentera Israel menangkap 6 penduduk Palestin di Tebing Barat.

Yediot Ahronot(akhbar Israel) menjelaskan operasi penangkapan itu dijalankan di timur bandar Khalil. Bagaimanapun sumber tidak menyebutkan kesemua yang ditangkap menganggotai mana-mana parti atau gerakan politik. Sumber 10/02/2010, berita al-Jazeerah dan web berita al-Jazeerah

Israel bedil selatan Gaza

Sumber melaporkan pesawa tempur Israel membedil kawasan selatan di Semenanjung Gaza. Dijelaskan, Israel melancarkan beberapa serangan pada waktu tengah malam(selasa) sepertimana yang dilaporkan. Bagaimanapun, tidak ada kecederaan atau kehilangan nyawa.

Gambar(al-jazeera): Rakaman ini diambil ketika Israel menyerang kawasan terbabit minggu lalu.

Menurut sumber tempatan(Palestin), serangan Israel tersebut mensasarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Yaser Arafat di Gaza yang terletak di timur bandar Rafah yang telah musnah teruk dalam perang tahun lalu.

Memetik agensi berita Jerman, 'pesawat tempur Israel melepaskan tiga serangan ke atas kawasan terbabit yang telah musnah menyebabkan letupan dan percikan api yang terlalu kuat'.

Sementara itu, pesawat tempur Israel terus melakukan rondaan di ruang udara Gaza, khususnya di Rafah dengan ketinggian yang sederhana.

Gambar(Ma'an): Keadaan Lapangan Terbang Antarabangsa Yaser Arafat, Dahaniya, Gaza yang berulangkali diserang Israel. Rakaman gambar diambil pada 03-04/02/2010.

Dari pihak Israel pula, serangan tersebut perlu dipertanggungjawabkan kepada HAMAS.

Jurucakap tentera Israel berkata dalam radio Israel, 'sasaran serangan Israel ini adalah ke atas golongan yang menimbulkan kekacauan.'

Jelas jurucakap tentera Israel, Israel melakukan serangan untuk membalas serangan roket yang dilancarkan dari Gaza ke selatan Israel malam kelmarin sambil menyalahkan HAMAS sebagai pihak yang bertanggunjawab di Gaza jika berlaku sebarang serangan ke Israel. Bagaimanapun, serangan tersebut tidak mengakibatkan sebarang kecederaan mahupun kehilangan nyawa. Sumber 10/02/2010, berita al-Jazeerah, web berita al-Jazeerah dan web berita Ma'an