15 Februari 2010

Anggota Pihak Berkuasa Palestin terjebak dalam pembunuhan al-Mabhuh

Ketua Umum Polis Dubai, Dhahi Khalfan Tamim, berkata 'ada orang Palestin yang terlibat dalam pembunuhan al-Mabhuh(salah seorang pimpinan sayap tentera HAMAS di sebuah hotel Dubai bulan lalu)'.

Memetik sumber dari Ketua Polis Dubai, katanya 'salah seorang Palestin yang ditangkap mempunyai kedudukan dalam tentera Pihak Berkuasa Palestin kerana telah mengadakan pertemuan dengan ketua kumpulan yang merancang pembunuhan al-Mabhuh'. Ketua kumpulan tersebut dikenali Peter warganegara Perancis.

Sebagaimana dinyatakan, dua orang invidivu Palestin telah ditangkap kerana polis Dubai meyakini bahawa kedatangan dua individu ini adalah bagi menyokong operasi pembunuhan al-Mabhuh.

Jumlah anggota kumpulan terbabit yang terlibat dalam pembunuhan al-Mabhuh seramai 11 individu, sebahagiannya mempunyai status warganegara Eropah, di antaranya juga seorang wanita(Ireland). Kesemua mereka tiba di Dubai sehari sebelum operasi pembunuhan dilaksanakan. Sumber menjelaskan lagi dari polis Dubai bahawa waran tangkap akan dikeluarkan terhadap mereka dalam terdekat ini.

Khalfan turut mengesyaki bahawa Mossad dalang di sebalik pembunuhan ini, di samping itu ada lagi kumpulan lain yang turut terlibat. Sumber 15/02/2010, berita al-Jazeerah dan web berita al-Jazeerah

Rakaman video Mahmoud Abd Rauf Al-Mabhuh, pemimpin tertinggi KATAIB IZZUDDIN AL-QASSAM, sayap tentera HAMAS yang telah meninggal dunia dalam satu operasi pembunuhan ke atas beliau di Dubai.




Sumber klip dari al-Jazeerah

Delegasi Arab pertama ke Gaza

Buat pertama kalinya, Gaza dikunjungi saudaranya dari sebuah delegasi Arab yang mewakili 15 buah Negara arab. Menurut sumber, delegasi tersebut disertai 24 ahli parlimen arab yang memasuki Semenanjung Gaza melalui sempadan Rafah Mesir-Gaza.

Sekitar jam 2.15 petang tadi(waktu Mesir), persediaan di pihak Palestin yang diketuai Ahmad Bahr, Speaker Parlimen Kerajaan Palestin di Gaza menanti ketibaan delegasi tersebut.

Sumber menyatakan, lawatan delegasi Arab ke Gaza akan bertemu dengan Ismail Haniah, Perdana Menteri Palestin di Gaza.

Selain itu, delegasi tersebut dijadualkan bertemu dengan Badan-badan bukan Kerajaan di Gaza. Sumber 15/02/2010, berita al-Jazeerah

Berpuluh buah rumah Palestin akan diroboh

Akhbar tempatan Israel, 'Jerusalempost' melaporkan semalam bahawa datuk bandar(penjajah yang berhaluan kanan) di Al-Quds mengarahkan kakitangannya agar melakukan persediaan dengan polis Israel mengikut penyelarasan bagi merobohkan berpuluh buah rumah Palestin.

Dijelaskan, tindakan meroboh rumah Palestin didakwa kerana rumah Palestin yang dibina di situ tanpa kebenaran. Kedudukan rumah-rumah Palestin tersebut di kota kecil Salwan, selatan Masjid Al-Aqsa Al-Mubarak. Sumber 15/02/2010, suratkhabar Shourouk

Curah air 'kebencian' kepada Israel, tangkap lagi 12 Palestin

Menurut sumber, sepasukan tentera penakluk(Israel) menangkap 4 penduduk Palestin pagi kelmarin di bandar Al-Quds, Bait Laham, dan Jenin. Sebagaimana yang dilaporkan, antara yang ditangkap adalah seorang wanita Palestin yang telah berumur, dikenali Hajah Fatimah Abu Diab.

Dinyatakan lagi, Pihak Berkuasa Israel berhasrat untuk membawa Hajah Fatimah ke muka pengadilan atas tuduhan 'mencurah air ke atas seorang ahli parlimen Israel yang berhaluan kanan, Mikha'il Ben Ara ketika melewati sekumpulan pelampau Yahudi yang menguasai beberapa buah rumah milik Palestin di Hayyu Syeikh Jarah, Al-Quds.

Awal pagi tadi, sepasukan tentera penakluk menangkap lagi 12 penduduk Palestin di Tebing Barat. Sumber 15/02/2010, suratkhabar Shourouk dan berita al-Jazeerah

Amerika bincang halang persenjataan kepada HAMAS

Ketua turus angkatan tentera bersekutu Amerika, Brigedier Jeneral Micheal Mullen (gambar kanan) mengadakan lawatan ke Israel hari ini. Menurut sumber, lawatan Mike ke Israel bagi membincangkan usaha untuk menghalang sebarang sokongan persenjataan kepada HAMAS di Semenanjung Gaza.

Laporan media Israel menyatakan, Micheal dalam lawatannya ke Israel juga akan menyentuh usaha memperkukuhkan kekuatan tentera Israel bagi menghadapi Tehran yang disokong Hizbullah dan HAMAS.

Sebagaimana dijadualkan, Micheal Mullen akan bertemu dengan Ketua turus angkatan tentera Israel, Jeneral Gabi Ashkenazi, Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak dan beberapa anggota dari kakitangan turus am untuk membincangkan isu Nuklear Iran.

Gambar sebelah kiri, Gabi Ashkenazi, Ketua turus angkatan tentera Israel

Selain itu, perbincangan turut menumpukan penyelarasan dari sudut ketenteraan Israel, malah usaha yang bersungguh-sungguh bagi menghalang penyeludupan senjata kepada HAMAS dan Hizbullah.

Lawatan Brigedier Jeneral Micheal ini seiring dengan cengkaman sekatan Israel ke atas Gaza, di samping itu Kerajaan Mesir terus membina tembok keluli(akhbar tempatan menyebutnya 'tembok besi') di sepanjang sempadan Mesir-Gaza.

Memetik radio Israel dari sumber keamanan, katanya 'Israel mengambil berat lawatan ini yang disifatkan terlalu penting, malah hubungan antara Brigedier Jeneral Mullen dan Jeneral Ashkenazi amat dititikberatkan kerana melibatkan strategi persenjataan. Lebih-lebih lagi, Mullen juga antara pelaksana kepada polisi pentadbiran Amerika.

Peta di sebelah, warna biru menunjukkan kedudukan Negara-negara anggota Nato

Sebelum ini, Mullen telah bertemu dengan Ashkenazi ketika kedua pihak itu menyertai Persidangan tahunan Ketua turus angkatan tentera Negara-negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara(NATO) di Brussel, dua minggu yang lalu. Sumber 15/02/2010, web berita al-Jazeerah