Sumber video : youtube.com
17 Februari 2010
Pelampau Yahudi rempuh masuk ke perkarangan Masjid Al-Aqsa
Menurut sumber, sekumpulan pelampau Yahudi merempuh masuk ke perkarangan Masjid Al-Aqsa hari ini melalui pintu al-Magharibah meskipun kawalan ketat Pasukan tentera penjajah di kawasan berkenaan.
Saksi kejadian berkata, pelampau Yahudi meninjau di beberapa perkarangan dan kawasan solat(khas untuk muslimah) di Masjid Al-Aqsa. Kemudian mereka berhenti di kawasan yang dikenali "al-Hursh" yang berdekatan dengan pintu az-zahbiah yang ditutup dari arah barat.
Jelas saksi lagi, sepasukan tentera penjajah menghalang pengawal Masjid Al-Aqsa mendekati kumpulan pelampau Yahudi, malah diancam dengan beberapa bentuk denda, antaranya dipukul atau tidak boleh mendekati, memasuki Masjid Al-Aqsa selama 6 bulan. Lebih dari itu, hukuman berupa tegahan dari mendekati Al-Aqsa akan diperbaharui setiap tempoh 6 bulan mengikut penjajah.
Sumber menyatakan, rempuhan dari pelampau Yahudi yang kerap kali ke Masjid Al-Aqsa menimbulkan kerisauan dikalangan penduduk Palestin yang menunaikan solat di situ malah turut merasai bahaya ke atas Masjid Al-Aqsa. Dinyatakan lagi, rempuhan itu sudah pasti menghina agama Islam. Tambahan pula, para pelampau Yahudi(lelaki dan perempuan) yang meninjau di beberapa perkarangan Masjid Al-Aqsa yang suci dengan berpakaian tidak sopan jelas membangkitkan kemarahan orang Islam. Sumber 17/02/2010, web berita islamtoday.net

Haniah bebaskan 20 anggota FATAH yang berada dalam tahanan di Gaza
Ismail Haniah(gambar), Perdana Menteri Kerajaan Palestin di Gaza dalam kenyatannya kepada pemberita bahawa beliau mahu membebaskan 20 anggota FATAH dari tahanan di Gaza sebagai 'menghormati' kunjungan delegasi Arab ke Gaza.'Pembebasan ini adalah untuk mencapai usaha pembaikan dalaman Palestin. Apabila kami telah membebaskan anggota FATAH dari tahanan Gaza, pihak Ramallah juga mesti membebaskan beratus-ratus anggota HAMAS yang ditahan dalam penjara Pihak Berkuasa Palestin di Tebing Barat', ujar Haniah.
Sumber lain melaporkan, Pihak Keamanan Palestin(web berita Al-Aqsa melabelkan Pihak Keamanan FATAH) dalam usaha memerangi pendokong HAMAS telah menculik 10 dari pendokong HAMAS. Kejadian tersebut berlaku di Khalil, Qalqiliah dan Ramallah.
Sementara itu, di Tebing Barat, Pihak penjajah(Israel) menangkap 11 penduduk Palestin. Sumber 17/02/2010, berita al-Jazeerah dan web berita aqsatv.ps
Israel culik 3 Palestin di Gaza
Beberapa buah jentera perang Israel telah menceroboh barat laut Beit Lahiya, Gaza serta melepaskan tembakan ke arah penduduk Palestin di situ. Dijelaskan, 3 penduduk Palestin parah dalam kejadian tersebut.
Sumber tempatan berkata , semalam, 'sepasukan unit khas tentera Israel yang diiringi beberapa buah jentera perang perang Israel menceroboh sebuah kawasan di barat laut Beit Lahiya dengan melepaskan tembakan dari 'machine-gun' yang mengakibatkan 3 penduduk Palestin parah, ketika itu sedang mengutip serpihan besi'.
Sumber tersebut menjelaskan, tentera penjajah menculik mereka yang ditembak dan dibawa ke kawasan yang tidak diketahui.
Menurut sumber, 3 hari yang lalu, tentera penjajah menculik 15 penduduk Palestin di kawasan yang sama dan membawa mereka ke tempat yang tidak di ketahui. Sumber 17/02/2010, web berita islamtoday.net