19 Februari 2010

Seorang anggota FATAH dipenjara

Mahkamah Persekutuan Israel telah memutuskan hukuman penjara ke atas Mamduh At-Tanani selama 25 tahun atas pertuduhan sebagaimana yang dinyatakan oleh mahkamah bahawa tertuduh mengancam keamanan Israel.

Sumber dari radio Israel yang mendakwa, mahkamah persekutuan mengecam keras At-Tanani dari kumpulan pejuang Palesti, KATAIB SYUHADA AL-AQSA(sayap tentera FATAH) yang melancarkan serangan roket ke Israel, malah cuba membawa masuk pejuang-pejuang Palestin ke Israel untuk melaksanakan beberapa serangan. Sumber 19/02/2010, suratkhabar Shourouk

Masalah pelarian tidak akan memberi perdamaian

Filippo Grandi(gambar: sebelah kanan), Suruhanjaya Am, United Nations Relief and Works Agency for Palestine Refugees in the Near East (UNRWA) berkata semalam, bahawa perdamaian tidak akan wujud di Timur Tengah tanpa adanya 'penyelesaian yang adil' bagi masalah pelarian Palestin.

Beliau menjelaskan ketika lawatannya yang pertama di Lubnan, bahawa 'perkara ini seumpama bencana dan perlu kepada masyarakat antarabangsa mencari penyelesaian bagi masalah ini', berikutan UNRWA tidak boleh bertindak sebagaimana badan politik, bahkan UNRWA adalah untuk kemanusiaan yang akan mengingatkan mana-mana pihak berkenaan termasuk Kerajaan yang berkaitan berhubung usaha perdamaian.

"Tidak akan wujud perdamaian selagimana penyelesaian yang adil tidak dijalankan dengan sempurna", ujar beliau. Sumber 19/02/2010, suratkhabar Shourouk