20 Februari 2010

3 Palestin parah dalam serangan Israel

Menurut sumber, helikopter Israel melepaskan tembakan ke arah sebuah kawasan pertanian berdekatan Kissufim, selatan Semenanjung Gaza lantas mengakibatkan 3 penduduk Palestin parah.

Sementara itu, seorang komander KATAIB IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS), Atiyyah Abu Nuqairah terselamat dalam satu leputan di Rafah, selatan Gaza.

Sumber melaporkan, setelah kejadian itu, Sepasukan Keselamatan Palestin Gaza bergegas ke kawasan terbabit serta menjalankan siasatan. Sumber 20/02/2010, berita al-Jazeerah web berita al-Jazeerah

Saintis Palestin diambang maut

Markaz Hak Asasi Palestin merayu kepada Badan-badan antarabangsa, Hak Asasi Manusia dan Badan Perubatan tanpa sempadan (Médecins Sans Frontières: Doctors Without Borders) agar campurtangan dengan segera bagi membebaskan saintis Palestin yang berada dalam tahanan Israel.

Wakil markaz 'Ahrar' berkata dalam kenyataannya hari ini, seorang saintis Palestin, 'Usam Rashid Al-Ashqar, 52 berasal dari kota kecil Soeda, Tulkram menghadapi kesengsaraan akibat penyakit yang dihidapinya. 'Usam yang merupakan pensyarah universiti dan ahli fizik menghadapi kesengsaraan(bertarung nyawa) tidak mendapat rawatan yang sewajarnya dalam penjara Israel.

Sumber menjelaskan, Pihak Berkuasa Israel tetap memanjangkan tempoh penahanan Al-Ashqar meskipun beliau menghadapi kesengsaraan akibat penyakit yang dihidapinya, malah keadaan ini telah berlarutan dalam tempoh yang lama sepanjang menerima rawatan dalam hospital penjara.

Markaz Ahrar turut mendakwa Pihak Berkuasa Israel berusaha mengurangkan golongan cerdik pandai, kepimpinan, ulamak, saintis dan seumpamanya dengan meletakkan golongan tersebut ke dalam kegelapan penjara. Penangkapan Israel juga telah mensasarkan status Palestin yang berada dalam agensi pentadbiran Palestin. Sumber 20/02/2010, web berita al-Jazeerah