26 Februari 2010

Al-Qassam dan Pejuang kebangsaan bertempur dengan Israel

Sumber melaporkan dari KATAIB IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) mengumumkan bahawa pejuangnya telah menghadang sepasukan unit dari tentera Israel berdekatan sempadan Karem Abu Salem(Kerem Shalom).

Web rasmi Al-Qassam melaporkan, bahawa pejuang-pejuang Al-Qassam berjaya dalam pertempuran dengan tentera Israel yang cuba menyelinap masuk melalui sempadan Karem Abu Salem awal pagi tadi(26/02/2010, Jumaat).

Dinyatakan, pejuang al-Qassam melepaskan tembakan dari senjata berat dan melancarkan 5 roket jenis 'hawn'(80 milimeter) ke arah tentera zionis dalam pertempuran yang meletus di timur Rafah.

Gambar di sebelah: Anak panah berwarna hijau menunjukkan lokasi Karem Abu Salem. Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih besar

Jelas Al-Qassam bahawa pejuang-pejuangnya telah berjanji dengan nama Allah dan kepada penduduk Palestin untuk meneruskan 'jihad' dan menentang Israel serta mengharungi sebarangan penentangan dari pihak musuh. Dengan izin Allah, jenayah penjajah akan dibalas dalam waktu yang sewajarnya.

Dalam masa yang sama, tentera Israel mengumumkan pihaknya melepaskan tembakan ke arah 4 Palestin yang menghampiran garisan sempadan selatan Gaza-Israel mengakibatkan salah seorang darinya parah. Tentera Israel mendakwa, 4 penduduk Palestin yang menghampiri garisan sempadan cuba menanam peledak di kawasan berkenaan. Bagaimanapun, sumber Palestin belum mengesahkan laporan ini.

Sementara itu, KATAIB MUQAWAMAH WATANIAH(pejuang kebangsaan dari barisan pertahanan demokrasi) turut mengumumkan pejuangnya menghalang sepasukan dari unit khas tentera Israel yang mara di timur Rafah berdekatan kawasan 'Abu Mathbaq' dengan melepaskan tembakan dari 'machine-gun' dan melancarkan roket jenis RPG. Kejadian tersebut berlaku awal pagi tadi.

Dalam kenyataan pejuang kebangsaan yang disampaikan kepada sumber menyatakan, 'pejuangnya juga menyerang sepasukan tentera penjajah(Israel) yang berpengkalan sementara di kawasan terbabit dengan pelancar roket dan tembakan yang sengit' bagi menghalang kemaraan Israel dan balasan kepada dasar politik dengan usaha pengyahudian ke atas hak suci Islam, khususnya di bandar Al-Quds dan Masjid Nabi Ibrahim.

Pejuang kebangsaan mengakui bahawa 'penentangan' adalah satu-satunya jalan bagi mendapatkan semula hak-hak tanahair. Sumber 26/02/2010, web berita Maannews.net dan web rasmi Al-Qassam

Operasi penggalian dan pembinaan jambatan yang baru berdekatan Masjid Al-Aqsa

Agensi berita "Naba'", media Palestin melaporkan operasi yang dijalankan Israel meliputi aktiviti penggalian dan membina jambatan baru, penjagaan kawasan serta memasukkan kabel elektrik ke dalam terowong bawah tanah jelas telah mengubah kedudukan di kawasan Tembok Buraq, barat Masjid Al-Aqsa.

Gambar di sebelah menunjukkan pembinaan yang baru dibangunkan berdekatan jambatan

Sumber daripada agensi tersebut menyatakan penyampai beritanya menyaksikan kerja dan operasi penggalian, usaha penjagaan dan perubahan kedudukan di sebuah kawasan yang luas di kawasan terbabit. Penyampai berita tersebut sempat menangkap beberapa keping foto dan membuat rakaman.

Dijelaskan lagi, 'aktiviti penggalian ini merangkumi jambatan yang baru dibina, pemindahan tenaga elektrik dan beberapa laluan di bawah tanah sebagaimana yang ditunjukkan dalam gambar'.

Perubahan

Agensi berita itu turut menyatakan pembinaan dan perubahan mengubah kedudukan yang dijalankan oleh Pihak Berkuasa Israel sentiasa berterusan meskipun media mewar-warkan pembinaan jambatan di Bab Al-Magharibah telah selesai seperti yang ditunjukkan dalam foto.

Gambar di sebelah menunjukkan operasi Israel
sentiasa berterusan berhampiran Masjid Al-aqsa


Dinyatakan bahawa operasi penggalian ini dibangunkan sebaik sahaja pembinaan jambatan di Bab Al-Magharibah selesai. Hal ini menjelaskan lagi bahawa Pihak Berkuasa Israel sememangnya nekad mahu mengubah kedudukan kawasan secara keseluruhan dengan memberi alasan baik pulih dan sebagainya demi menjayakan perancangan sulit yang menentang dunia Islam.

Kesan dari penggalian Israel, beberapa kes yang melibatkan runtuhan dilaporkan bulan lalu. Antaranya, runtuhan ditengah jalan Silwan yang hanya berkedudukan 300 meter dari Masjid Al-Aqsa.

Sumber dari Palestin menjelaskan bahawa kejadian runtuhan di kawasan Wadi Helwah, di Hayyu silwan adalah kesan daripada operasi penggalian Israel yang bersambung dengan terowong bawah tanah. Jelas sumber lagi, kedudukan terowong bawah itu adalah di bawah sebuah kawasan perumahan yang menghala ke arah Masjid Al-Aqsa.

Saksi kejadian berkata, runtuhan itu kerana kerja penggalian Israel yang menyebabkan mendapan tanah sepanjang 4 meter, lebar 3 meter dan sedalam 1 meter.

Jawwad Shiam, Panitia yang mempertahankan Hayyu Wadi Helwah berkata, runtuhan itu berlaku di atas terowong yang digali Israel.

Beliau mengiktibarkan, kejadian runtuhan itu telah membongkar pembinaan terowong bawah tanah yang digali oleh sebuah Yayasan Israel. Sumber 25/02/2010, web berita al-Jazeerah