28 Februari 2010

Gambar: Pertempuran masih berterusan




Sumber melaporkan pada 27/02/2010, pertempuran di antara penduduk Palestin dengan tentera penjajah masih berterusan berikutan ketetapan Israel yang menggabungkan kawasan suci Islam ke dalam senarai/kawasan sejarah peninggalan Yahudi di Khalil dan Beit Laham. Bagaimanapun, Masjid Al-Aqsa turut diceroboh hari ini. Sebagaimana dilaporkan, waktu zohor tengahari tadi, penduduk Palestin tidak mendengar laungan azan dari Masjid Al-Aqsa berikutan tentera penjajah memotong wayar pembesar suara. Sumber gambar di atas klik di sini. Sumber 27-28/02/2010, berita al-Jazeerah dan koleksi gambar di flickr.com(zion's photos stream)

4 hari sempadan Rafah dibuka

Pihak Berkuasa Mesir menetapkan sempadan Rafah Mesir yang menghubungkan Mesir dengan Semenanjung Gaza dibuka selama empat hari.

Pembukaan sempadan dari dua hala, Mesir-Gaza untuk bantuan kemanusiaan. Sumber 28/02/2010, berita al-Jazeerah

Mabhuh dibius

Dhahi Khalfan Tamim, Ketua Umum Polis Dubai dalam kenyataannya yang terkini memaklumkan bahawa Mabhuh dibius terlebih dahulu lalu mengakibatkan beliau hilang kawalan meskipun cuba melawan pihak yang merancang untuk membunuhnya.

Sementara itu, sekumpulan unit keselamatan dari Britain telah tiba di Israel bagi menjalankan siasatan berhubung pemalsuan dan penggunaan pasport Britain dalam kejadian tersebut.

Sumber menyatakan, siasatan tersebut akan dijalankan ke atas 6 individu terbabit yang berada di Israel. Sumber 28/02/2010, berita al-Jazeerah