07 Mac 2010

Pertelingkahan di Shu'fat dan 'Esawiyah

Al-Quds - agensi berita maan - Semalam seorang tentera Israel parah akibat terkena serangan hujuman batu berikutan tercetusnya pertempuran di pintu masuk mukhayyam(penempatan kem pelarian) Shu'fat, utara Al-Quds.

Sumber melaporkan pertempuran sengit telah meledak antara pemuda-pemuda Palestin dengan tentera penjajah di pintu masuk utama mukhayyam itu. Dalam pertempuran itu, tentera penjajah melepaskan tembakan peluru timah, gas bom ke arah penunjuk perasaan Palestin.

Sementara itu, pertempuran lain juga berlaku di kota kecil 'Esawiyah. Sumber menyatakan, pemuda Palestin bertempur dengan tentera penjajah kerana protes pencerobohan penjajah ke Masjid Al-Aqsa jumaat lalu.

Dalam pertentangan yang sengit di Al-Quds, golongan berhaluan kiri Israel dan aktivis keamanan mengadakan tunjuk perasaan di Hayyu(perumahan) Syeikh Jarrah, Al-Quds. Dinyatakan, ribuan penduduk Arab Palestin turut menyertai tunjuk perasaan yang mengecam tindakan dan ketetapan Israel yang mahu meroboh rumah penduduk Palestin.

Seiringan tunjuk perasaan yang berlangsung itu, puluhan penduduk Israel dari golongan berhaluan kanan(pelampau) mengadakan perarakan bagi melawan tunjuk perasaan yang diadakan golongan berhaluan kiri Israel.

Perarakan golongan berhaluan kanan itu menyokong ketetapan perobohan rumah Arab Palestin di Hayyu Syeikh Jarrah.

Sumber menjelaskan, perarakan tersebut disertai puluhan pelampau Yahudi sambil melaungkan slogan-slogan menentang Arab. Sumber 07/03/2010, web berita maannews.net