09 Mac 2010

Pameran MAP lebih sensitif

TANTA, 8 MAC - Pameran Palestin terus diberi ruang dan peluang untuk mempamerkan isu-isu dan keadaan semasa di tanah suci Palestin kepada khalayak siswa-siswi di Mesir. Kali ini, pameran yang diadakan sempena program 'The Symposium Of Malaysian Students In Tanta'(EMINENT'10) agak lebih sensitif berikutan beberapa usaha yang dilakukan agar isu ini tetap dipandang sebagai isu utama di peringkat antarabangsa, lebih-lebih lagi turut menyentuh agama, sejarah dan seumpamanya.

Seiring dengan tema EMINENT'10, 'bingkisan sirah membentuk fikrah' adalah diharap dapat menemui objektif agar siswa-siswi tidak terus melupai sejarah malah menjadikan aspek sejarah untuk penilaian pada masa sekarang berhubung isu dan situasi yang telah dan sedang berlaku, khususnya di tanah suci Palestin.

Gambar: Bukan hiasan tetapi realiti agar semua mengerti.

Info pameran
Tarikh: 8-11 mac 2010
Masa : waktu bazar(siswi: jam 4petang-6malam)
Tempat : Bilik pameran EMINENT'10

Komuniti Mini-Pavilion, "From Palestine With Love"(MAP) mengalu-alukan kunjungan mahasiswa-mahasiswi ke pameran ini.

"Mencari Jejak Salahuddin"

Al-Quds..bersabarlah!! sesungguhnya selepas malam berkunjung, pasti tiba fajar untuk berlabuh. Seandainya, ia telah dibuka oleh panglima agung, Saidina Omar al-Khattab, malah dibebaskan semula oleh pahlawan ulung, Salahuddin Al-Ayyubi, kini..jejak ini tetap dinanti untuk membebaskan semula tanah suci dari penjajahan Israel. Bila? Siapa? .. wallahua'lam. Andai kita semua dipilih, adakah mahu menolak? ..

Israel akan bina lebih banyak projek pembinaan

Israel telah diberi 'lampu hijau' untuk membina sebanyak 112 unit rumah baru di penempatan yahudi dalam kawasan Tebing Barat yang telah dikuasai Israel meskipun sebahagian daripada pembinaan tersebut telah ditangguhkan secara rasmi.

Gambar : Joe Biden, kiri ketika sedang berucap

Pengumuman tersebut telah dibuat sejam sebelum ketibaan Joe Biden (senator kanan Amerika Syarikat)dan sehari selepas rakyat Palestin bersetuju mengadakan rundingan secara tidak rasmi dengan pihak Israel. Sedangkan dalam masa yang sama diwar-warkan amaran mengenai sebarang pembinaan hanya akan menjadi penggugat proses keamanan.

Gilard Erdan,Menteri Alam Sekitar Israel berkata bahawa projek penempatan di Beitar Illit yang berhampiran dengan Betlehem merupakan pengecualian terhadap sebahagian daripada kerja pembinaan yang dihentikan sebagaimana yang telah diumumkan pada November lalu.

Beliau berkata, "Memang pada tahun lepas kerajaan telah bersetuju untuk membekukan sebarang projek pembangunan, tetapi ada di antara projek pembinaan infrastruktur yang telah dimulakan sebelum keputusan tersebut dibuat terpaksa juga diteruskan dan dikecualikan daripada pembekuan kerana masalah keselamatan seperti kes pembinaan infrastruktur di Beitar Illit", beritahu beliau kepada radio tentera.

Keamanan tergugat

Kerja-kerja meluaskan penempatan Israel yang tetap berjalan merupakan rintangan terbesar untuk menghasilkan perundingan yang aman dan lancar dengan rakyat Palestin. Nampaknya, dengan keadaan begini, keamanan yang diinginkan akan mengambil masa bertahun lebih-lebih lagi sudah sebulan di bawah telunjuk demokrasi US yang berbolak balik.

Puak Israel yang mahukan keamanan dan anti dengan projek penempatan tersebut mengutuk tindakan itu dan berkata, "Ianya hanya akan melebarkan lagi jurang antara penduduk Palestin dan penyelesaian yang diinginkan antara kedua pihak hanya akan menjadi isu lapuk".

Projek baru tersebut diketahui sebaik sahaja rakyat Palestin menyatakan persetujuan mereka untuk mengadakan rundingan damai tidak rasmi dengan Israel selama empat bulan. Walau bagaimanapun, sebelum itu mereka telah memberikan amaran kepada US(yang menjadi pengantara) bahawa persetujuan tersebut tidak akan teragak-agak untuk ditarik balik sekiranya kerja-kerja perluasan penempatan diteruskan.

Penduduk Palestin bertegas dengan keputusan - hanya akan bersetuju mengadakan rundingan tersebut jika Israel bersetuju membekukan pembinaan penempatan di kawasan Tebing Barat termasuklah bangunan tambahan Arab di Timur Al-Quds. Sumber 08/03/2010, web berita al-Jazeerah(versi english)