15 Mac 2010

US tunggu kenyataan rasmi Israel

Berhubung projek pembinaan perumahan Yahudi di Al-Quds, Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel dalam kenyataannya berkata bahawa penempatan Israel di Al-Quds adalah sebahagian dari Negara Israel(dakwa Netanyahu) biarpun persetujuan dengan Palestin tercapai.

Selain itu, Netanyahu turut mengiktibarkan penempatan Israel di timur Al-Quds tidak memberikan sebarang kemudharatan kepada Arab.

Sementara itu, Washington melalui wakilnya menyatakan pihaknya menunggu keputusan rasmi dari Israel berhubung kenyataan Netanyahu yang menyokong supaya projek penempatan diteruskan.

Seiring kenyataan tersebut, Washington menegaskan Israel adalah sekutu dan rakan strateginya bagi Amerika Syarikat.

Sumber turut memaparkan kenyataan Netanyahu yang mengakui projek penempatan akan bersambung sepertimana yang telah dirancang 42 tahun yang lalu. Sumber 15/03/2010, berita al-Jazeerah

20 parah protes gereja Yahudi

Menurut sumber, hampir 20 penduduk Palestin parah dalam satu pertempuran dengan tentera penjajah(Israel) berdekatan Ramallah.

Sumber menjelaskan, pertempuran tersebut adalah protes berhubung pembukaan sebuah gereja Yahudi yang dikenali sebagai gereja Kharrab di pertengahan bandar Al-Quds. Jarak gereja tersebut dari Masjid Al-Aqsa hanyalah 300 meter mengikut laporan. Sumber 15/03/2010, berita al-Jazeerah