27 Mac 2010

Ketika jentera perdamaian menunggang F-16

Pandangan yang berbeza berhubung perdamaian.
Sumber karikatur 27/03/2010, web berita islamtoday.net

Erdogan di Persidangan Sirt, Libya

Agensi berita melaporkan bahawa Perdana Menteri Turki, Receip Tayyip Erdogan(gambar) ketika menyampaikan ucapan pada majlis pembukaan Persidangan Kemuncak Negara-negara Arab telah mengungkapkan tindakan Israel yang menyatakan Al-Quds adalah ibu Negara Israel sebagai 'tidak waras'.

Beliau berkata, pengumuman yang dibuat oleh menteri-menteri Israel mengenai Al-Quds ibu Negara Israel tidak perlu diikut kerana pengumuman seumpama itu seperti tidak waras(gila).

Jelas Erdogan, 'Al-Quds adalah jantung kepada dunia Islam dan penentangan Israel ke atasnya tempat-tempat suci tidak boleh dibiarkan'.

Berikutan pembinaan 1600 unit perumahan di Al-Quds amat tidak wajar kerana perlanggaran Israel ke atas hak-hak Palestin di Al-Quds kerana tidak mengikut undang-undang antarabangsa malah undang-undang kemanusiaan bahkan Israel juga melanggar hak sejarah, menurut Perdana Menteri Turki. Sumber 27/03/2010, web berita maannews.net

Israel berundur dari Gaza


Klip berita di atas memaparkan tentang kejadian pertempuran antara pejuang Palestin dengan tentera Israel yang menceroboh timur Khan Yunus, Gaza pada 26-03-2010, hari jumaat. Sumber klip berita (youtube al-Jazeerah)

Menurut sumber(jumaat), tentera Israel telah berundur dari timur Khan Yunus, Gaza setelah terjebak dalam pertempuran dengan pejuang-pejuang Palestin yang membawa kepada kematian 2 tenteranya.

Saksi(penduduk tempatan) berkata, kereta kebal Israel turut berundur dari Gaza sebaik sahaja bertempur dengan pihak pejuang Palestin. Sebelum itu, buldozer Israel meranapkan sebuah rumah penduduk Palestin malah beberapa jentera Israel yang lain meratakan tanah pertanian Palestin.

Sumber media pula melaporkan, satu serangan roket juga dilancarkan ke Israel. Dinyatakan, serangan roket itu gugur di sebuah kawasan tanpa penghuni di Israel tanpa ada sebarang luka parah atau seumpamanya di pihak Israel. Dalam masa yang sama, bot-bot perang Israel mengebom beberapa bot nelayan Palestin yang berada di perairan laut di utara Gaza.

Pasukan bantuan dan perubatan Palestin bergegas ke tempat berlakunya pertempuran di timur Khan Yunus setelah Israel berundur bagi mencari mangsa.

Berikutan pertempuran itu, Menteri Pertahanan Israel,Ehud Barak memberi ancaman kepada HAMAS dengan hukuman dan serang balas.

Bagaimanapun, Ehud Barak menyatakan Israel tidak ada kepentingan jika menyerang semula Gaza seperti perang sebelum ini.

HAMAS jawab ancaman Barak

Berhubung ancaman Barak kepada HAMAS, Ismail Ridhwan, salah seorang pemimpin HAMAS dalam kenyataannya(3.40 petang/Mesir) berkata, apapun ancaman Israel tidak akan mematahkan semangat pejuang Palestin yang bangkit mempertahankan haknya.

"Apabila berlaku seperti pertempuran semalam, musuh akan memberi ancaman, tetapi ancaman itu tidak menggetarkan HAMAS dan pejuang-pejuang", ujar beliau.

Beliau meminta kepada Israel supaya menjadikan iktibar dari setiap pencerobohan dan perang lalu bahawa matlamat musuh tidak akan tercapai.

"Sewajarnya Israel berfikir seribu kali sebelum mengambil tindakan sedemikian kerana pencerobohan musuh ke Gaza bukannya peluang untuk bersiar-siar", tegas Ismail.

Beliau juga meminta kepada Persidangan Kemuncak Negara-negara Arab yang berlangsung hari ini agar memberikan sokongan sepenuhnya kepada Palestin sama ada dari material, politik juga menyokong kepada penyatuan Palestin.
Sumber 27/03/2010, berita al-Jazeerah dan web berita al-Jazeerah serta youtube.com/aljazeerah

Persidangan Kemuncak Negara-negara Arab bermula hari ini tanpa Mubarak dan Abdullah

Sebagaimana dijadualkan, Persidangan Kemuncak Negara-negara Arab ke-22 akan berlangsung hari ini di bandar Sirt, Libya. Bagaimanapun persidangan kali ini berlangsung tanpa dihadiri 10 pemimpin utama Negara Arab, antaranya Presiden Mesir, Husni Mubarak serta Raja Abdullah Bin Abd Aziz dan Syeikh Khalifah Bin Zaid An-Nahyan.

Menurut sumber, 13 pemimpin utama Negara Arab yang lain dilaporkan secara pasti menyertai persidangan, antaranya dari 13 pemimpin utama Arab, Raja Abdullah II, Raja Jordan, Ketua Negara Qatar, Syeikh Hamad Bin Khalifah II, Presiden Sudan, Omar Bashir, Presiden Algeria, Abdul Aziz Butfaliqah dan Raja Maghribi, Raja Mohammad IV.

Sementara itu, turut hadir ketika pembukaan persidangan adalah Ban Ki Moon, Setiausaha Agung PBB, Silvio Berlusconi, Perdana Menteri Itali, Receip Tayyib Erdogan, Perdana Menteri Turki dan Timbalan Menteri Luar Rusia, Alexander Sultanov yang merupakan utusan khas kepada Presiden Rusia. Sumber 27/03/2010, suratkhabar Misril-Youm(Mesir)