14 April 2010

Penjajah ceroboh Buraij, 3 Palestin parah

GAZA - Tentera penjajah yang dilengkapi beberapa buah jentera perang telah menceroboh sejauh 500 meter(0.5 km) di timur Mukhayyam Buraij yang terletak di pertengahan Gaza.

Menurut agensi, 11 buah jentera perang Israel menceroboh masuk ke Mukhayyam Buraij. Dalam pencerobohan tersebut, pihak tentera penjajah meratakan tanah di sebuah tempat seiring dengan melepaskan tembakan secara rambang ke arah beberapa buah rumah penduduk Palestin.

Sehingga kini, tentera penjajah terus menceroboh dengan bentuk skala yang terhad di beberapa kawasan yang berada di utara dan selatan Semenanjung Gaza. Disamping itu, penjajah terus meluaskan kerja meratakan tanah serta memusnahkan tanaman penduduk Palestin.

Sementara itu, 3 penduduk Palestin mengalami luka parah akibat ditembak tentera penjajah ketika mengikuti sebuah perarakan aman di timur bandar Gaza.

Pengerusi bantuan cemas di Kementerian Kesihatan Gaza, Dr.Muawiyah Husnain berkata, "pasukan penyelamat(ambulan) telah memindahkan 3 penduduk Palestin yang mengalami luka parah ke Akademi Perubatan Shifa' untuk menjalankan rawatan sebaik sahaja mereka ditembak tentera penjajah."

Rentetan kekangan keamanan dan keselamatan yang dijalankan oleh pihak penjajah di Gaza, beratus-ratus penduduk Palestin bangkit mengadakan tunjuk perasaan dengan berarak secara peringkat dan bergilir berdekatan sempadan yang menghubungkan antara Gaza-Israel dari arah utara dan selatan. Sumber 14/04/2010, web berita safa.ps