BET LEHEM - Agensi berita melaporkan bahawa Israel sedang bersiap-sedia menyambut hari peringatan tentera-tentera Israel yang terbunuh sepanjang peperangan dari semenjak kewujudannya. Dijadualkan, hari ahad adalah hari sambutan bagi memperingati tenteranya.
Sebagaimana yang dilaporkan, acara sambutan bermula jam 8 malam dengan dihadiri Presiden Israel, Simon Perez dan pegawai tentera, Ghabi Ashkenazi. Seperti yang dinanti, sambutan tersebut akan diteruskan pada hari isnin dengan ketibaan hampir 1.5 juta penduduk Israel ke kawasan perkuburan tentera Israel yang menempatkan 22,682 tentera Israel.
Menurut web berita 'Yediot Ahronot' Israel, pada hari jumaat(semalam) bahawa jumlah tersebut hanyalah terdiri daripada tentera Israel. Bagaimanapun, di tambah pula dengan jumlah sebanyak 3,971 penduduk Israel yang turut terbunuh dalam beberapa siri operasi serangan 'pengganas' seperti yang didakwa Israel, iaitu semenjak tahun 1860. Jumlah keseluruhan penduduk Israel yang terbunuh(termasuk tentera) selama 150 tahun sebanyak 26,653.
Web berita tersebut turut memaklumkan hari peringatan itu akan disertai juga Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak pada hari isnin. Sumber 16/04/2010, web berita maannews.net
Perhatian: MAP tidak bermaksud untuk menimbulkan sebarang simpati kepada Israel tetapi sekadar maklumat. Jika jumlah Israel yang terbunuh sebanyak yang dinyatakan, berapakah pula jumlah penduduk Palestin yang 'syahid' dalam mempertahankan agama, tanahair, harta, diri dan keluarga mereka dari tentangan ganas zionis?