18 April 2010

Pembersihan etnik di Palestin

PALESTIN YANG DIJAJAH - Catatan dalam sejarah moden mengukir dasar politik Israel yang mengenakan pembersihan etnik ke atas penduduk Palestin secara besar-besaran. Sumber Karikatur 18/04/2010, web berita islamtoday.net

Sempadan Karem Abu Salem dibuka, Karni ditutup

GAZA - Pihak Berkuasa Penjajah(Israel) menetapkan sempadan(perlintasan) Karem Abu Salem dibuka bagi membenarkan kemasukan bantuan makanan dan bekalan tenaga ke Gaza.

Gambar: Petunjuk sempadan(perlintasan) Mintar 'Karni' berwarna merah yang tetap ditutup.

Pengerusi Panitia Kemasukan(eksport) barang ke Gaza, Ir. Raed Abu Futtuh berkata, 'penjajah telah memutuskan pembukaan sempadan Karem Abu Salem yang terletak di tenggara Semenanjung Gaza supaya dibuka bagi membenarkan kemasukan 66-76 buah trak yang membawa muatan bantuan bagi sektor perdagangan dan pertanian, manakala sebuah dari trak tersebut untuk syarikat telekomunikasi dan sebuah lagi kepada Jabatan Tenaga.'

Bagaimanapun, sempadan Mintar 'Karni' yang berada di timur Gaza tetap ditutup. Sumber 18/04/2010, web berita maannews.net

Penjajah tangkap seorang pemuda Palestin

Terkini: Seorang pekerja Palestin yang bekerja di Israel mengalami luka parah akibat ditembak polis Israel. Asal kejadian, pekerja Palestin itu dihalau dari Tel Aviv berikutan penjajah mengenakan perintah keselamatan yang melarang penduduk Palestin dari memasuki Israel yang berkuatkuasa awal pagi tadi sehinggalah hari selasa akan datang.


NABLUS - Menurut sumber, sepasukan tentera penjajah telah menangkap seorang pemuda Palestin awal pagi tadi. Sebelum itu, tentera penjajah bertindak merempuh masuk ke rumahnya dan menggeledah.

Pengarah Majlis Perbandaran Hawaarah, Samer Mur'ab berkata, 'tentera Israel menangkap pemuda yang dikenali, Shadi Juhdi Al-Hawaari berusia 21 tahun setelah rumahnya dirempuh masuk tentera Israel pagi tadi.'

Menurut Mur'ab lagi, pada hari khamis yang lalu, salah seorang ahli keluarga pemuda itu yang dikenali Jihad Naaser Jihad berusia 20 tahun juga telah ditangkap penjajah. Sumber 18/04/2010, web berita maannews.net

Rakaman bergambar rumah Palestin yang diroboh

NABLUS/BET LEHEM - Pada hari rabu yang lalu, buldozer dan beberapa buah jentera Israel bertindak memusnahkan 2 buah rumah penduduk Palestin. Sebagaimana dilaporkan, sebuah rumah Palestin di Nablus yang telah dirobohkan itu kerana didakwa tidak memiliki geran dan keizinan.

Gambar di atas: Dua kanak-kanak Palestin menjulang bendera Palestin di atas runtuhan rumah mereka.

Sementara itu, sebuah rumah lagi di Bet Lehem turut dirobohkan kerana kedudukan rumah tersebut merintangi jalan tembok pemisah yang terletak di pertengahan bandar dalam zon penaklukan zionis.

Dua buah keluarga Palestin membuat rayuan kepada Pertubuhan Hak-Asasi dan pembebasan antarabangsa bagi menghentikan tindakan zionis malah memaksa supaya menghentikan jenayah Israel terhadap penduduk awam Palestin serta membayar nilai harga berikutan tindakan zionis yang memerangi penduduk Palestin.

Berikutan itu, agensi berita Safa Palestin menyiarkan beberapa rakaman gambar mengenai 2 buah rumah yang telah dihancurkan jentera Israel di Nablus dan Bet Lehem.







Laporan berita ini telah disiarkan pada 15/04/2010, web berita safa.ps

2 pejuang Palestin syahid di Gaza petang semalam

Menurut laporan sumber, 2 pejuang Palestin syahid dalam satu pengeboman Israel di pertengahan Gaza.

Gambar: mayat pejuang yang dibawa ke hospital akibat serangan Israel pada petang Jumaat lalu.(Reuters)

Pengerusi Umum Bantuan Cemas di Gaza, Dr.Muawiyah Husnain berkata, '2 pejuang Palestin syahid berdekatan garisan sempadan yang berkedudukan di Mukhayyam Buraij, pertengahan Gaza akibat pengeboman tentera Israel. Jelas beliau, mayat kedua-dua pejuang Palestin telah dibawa ke hospital Syuhada' Al-Aqsa di Deir Balah, pertengahan Gaza.

Bagaimanapun, sumber tidak menjelaskan identiti pejuang, malah laporan lengkap mengenai serangan Israel itu juga belum diketahui. Sumber 18/04/2010, web berita Al-Jazeerah