01 Mei 2010

Karikatur : Pangkalan arus dan realiti 'Palestinewood'

Pangkalan Arus

Sumber karikatur, 01/05/2010 (Al-Jazeerah)

Semua pihak mencipta arus untuk memulihkan perdamaian di Timur Tengah. Namun, karikatur di atas memberi gambaran yang jelas berhubung arus yang dicipta masa ini, khasnya di Timur Tengah.


Realiti 'Palestinewood'

Sumber karikatur, 01/05/2010 (Al-Jazeerah)

Amat hebat..selalu meletup dan mengerikan, realiti yang tidak perlu kepada publisiti khusus sebagaimana filem kelahiran 'hollywood', 'bollywood', 'malaywood', 'arabicwood', dan sebagainya. Namun, memadai berita-berita semasa yang memaparkan keadaan yang berlaku. Beginilah realiti 'Palestinewood', tayangan tanpa henti.

Antara babak dan 'part' yang menarik:

- Palestin tanpa tanah, bagaimana tubuh Negara? -
- Palestin dihalau keluar -
- Rampasan tanah, Rumah Palestin diroboh -
- Pengganas Israel tangkap Palestin -
- Hak pulang ke tanah Palestin dinafikan -
- Projek penempatan Israel di Timur Al-Quds -
- Projek pengyahudian Al-Quds -
- Tembok pemisah yang dibina Israel -
- Pemusatan keselamatan dengan Israel -
- Sekatan mahazalim Israel ke atas Gaza -
- Dunia luar tidak dapat berhubung dengan Gaza secara langsung -
- Demokrasi punah -
- Perpecahan dalaman belum selesai -
- Serangan bersiri Israel di Gaza -
- Perjanjian sempadan tambah sengsara penduduk Gaza -
- Detik-detik cemas, Palestin mesti mengiktiraf
kewujudan Israel di atas tanah Palestin -
- Di mana anda? -

Kami menyarankan agar anda tidak mengambil tempat di kerusi-kerusi penonton tetapi pastikan anda terlibat dalam babak untuk menyelamatkan Palestin.

Makluman: Huraian di atas adalah tafsiran dari komuniti MAP. Hanya karikatur sahaja diambil dari sumber yang menjadi rujukan berita.

Berita Ringkas : Semalam di Palestin

Perdamaian

Hillary Clinton, Menteri Luar Amerika Syarikat dalam kenyataannya, menjangkakan bahawa rundingan damai secara tidak langsung antara Palestin-Israel akan bermula pada minggu hadapan.

Sementara itu, Clinton membantah sebarang ulasan mengenai jaminan lisan Presiden Amerika, Barrack Obama kepada Mahmoud Abbas mengenai rundingan damai.


Dalaman Palestin

HAMAS mendakwa Pihak Keamanan Palestin di Tebing Barat menangkap 10 anggotanya.


Bantah tindakan Israel

Sejumlah penduduk Palestin mengadakan tunjuk perasaan bagi menentang pembinaan tembok pemisak dan projek penempatan Israel di Walajah.

Tunjuk perasaan itu turut disertai aktivis luar, antaranya David Alson, warganegara Amerika Syarikat.

Tentera penjajah turut menangkap dua krew Al-Jazeerah, namun kedua-duanya dibebaskan beberapa jam selepas itu.

Sumber 30/04/2010, berita Al-Jazeerah