11 Mei 2010

Karikatur: Sketsa rundingan

Sumber karikatur, 11/05/2010, web berita Al-Jazeerah

Berunding sehingga menang .. ?

Sumber karikatur, 11/05/2010, web berita Al-Jazeerah

Bahasa rundingan, gaya merunding dan
perlaksanaan rundingan yang berbeza.

Sumber karikatur, 11/05/2010, web berita Al-Jazeerah

Penduduk Palestin jadi mangsa rundingan??

Rabai Yahudi masuk ke perkarangan Al-Aqsa

Sumber melaporkan, polis Israel(penjajah) membenarkan sebuah rombongan yang disertai 43 orang Rabai Yahudi memasuki perkarang Masjid Al-Aqsa. Dinyatakan, rombongan tersebut diiringi dua ahli parlimen Israel yang berhaluan kanan(pelampau). Majoriti dari jumlah Rabai itu menetap di kawasan penempatan Israel di Tebing Barat.

Sementara itu, Yayasan Al-Aqsa dalam kenyataan akhbar semalam(Isnin) mengingatkan tentang pencerobohan kumpulan Yahudi ke Masjid Al-Aqsa.


Sebagaimana dilaporkan, rombongan puak Yahudi ke Masjid Al-Aqsa adalah bagi memperingati "hari Al-Quds". Berikutan itu, esok adalah sambutan ke 43 sempena "penyatuan semula" bandar Al-Quds menurut taqwim ibrani(Yahudi) setelah Israel menjajah Timur Al-Quds dalam perang 1967. Sumber 11/05/2010, suratkhabar Shourouk(Mesir) dan web berita Palestine 48, 10/05/2010