27 Mei 2010

Serangan roket gugur di Naqab, Gaza dibom

06.33 petang, Mesir/Palestin : Serangan roket gugur di شاعر هنيغيف, Israel tanpa ada sebarang luka parah.

06.44 petang, Mesir/Palestin : Israel mengebom timur Gaza, ketika pejuang cuba melancarkan satu misi jihad.

07.42 malam, Mesir/Palestin : Apache Israel melepaskan tembakan machine-gun di timur Gaza.

7.42 malam, Palestin/Mesir. 12.42 pagi, Malaysia

GAZA - Satu serangan roket buatan tempatan dilaporkan gugur di penempatan Israel,'شاعر هنيغيف' di barat Naqab, selatan Israel(tanah Palestin yang dijajah pada 1948). Bagamanapun, radio Israel menyebut, tidak ada sebarang kejadian luka parah atau kerosakan harta benda.

Gambar: Seorang pemuda Palestin, Muhammad Al-Badwi parah

Sementara itu, dilaporkan, penjajah melepaskan beberapa tembakan artileri ke arah tanah pertanian berhampiran ladang telor Abu Ajwah, di sebelah timur bandar Gaza. Dalam masa yang sama, pesawat tempur Israel turut mengebom pinggir pintu gerbang Nehal Auz, salah sebuah pos kawalan tentera Israel.

Menurut saksi, beberapa buah jentera perang Israel berkumpul berdekatan di pintu masuk yang berhampiran dengan tanah milik syarikat minyak timur di pos kawalan tentera Nehal Auz. Di samping itu, helikopter apache dan pesawat pengintip tanpa juruterbang berlegar-legar di ruang udara secara kerap.

Gambar: Seorang penduduk Palestin yang berusia 55, Muhammad Al-Maghribi mengalami luka parah di tangan.

Dari pihak perubatan, Pengerusi Bantuan Cemas di Kementerian Kesihatan Gaza, Dr.Muawiyah Husnain berkata, 'pasukan penyelamat telah membawa dua penduduk yang mengalami luka parah ke hospital. Mangsa Barkah Muhammad Al-Maghribi, 55 dan Muhammad Badwi, 28' parah dalam pengeboman Israel.

Sebagaimana dinyatakan lagi, helikopter apache Israel melepaskan tembakan machine-gun ke arah tanah pertanian di kawasan terbabit. Sumber 27/05/2010, web berita safa.ps

Sempadan Rafah dibuka secara 'berkecuali'

RAFAH - Semalam, sempadan Rafah Mesir telah dibuka bagi membenarkan kepulangan pesakit-pesakit Palestin serta pengiring mereka ke Semenanjung Gaza setelah menjalani rawatan di hospital Mesir. Dinyatakan, sempadan yang dibuka ini adalah secara 'berkecuali'.

Sumber dari sempadan Rafah menjelaskan, sempadan ini dibuka secara berkecuali iaitu dua kali dalam masa seminggu.

Pada hari rabu, adalah hari pesakit-pesakit Palestin melintasi sempadan untuk pulang ke Gaza, manakala hari Khamis pula adalah laluan untuk penduduk Gaza yang pulang ke Gaza dari Negara Arab atau luar. Sumber 27/05/2010, suratkhabar Al-Ahram(Mesir)

Lapan buah rumah Palestin retak

AL-QUDS, - Lapan buah rumah penduduk asal Baitul-Maqdis(Palestin) yang terletak di jalan Syeikh LuLu, bersebelahan dengan tembok bahagian utara Masjid Al-Aqsa mengalami keretakan.

Sebagaimana dinyatakan, keretakan tersebut natijah dari penggalian yang dilakukan Pihak Berkuasa Penjajah secara berterusan di kawasan itu.

Hatim Abd Kadir, pihak yang bertanggungjawab berhubung isu Al-Quds dari gerakan FATAH mengingatkan bahawa beberapa buah lagi akan mengalami nasib yang sama di kawasan berkenaan.

Beliau yang menyampaikan perkara itu kepada agensi berita berkata, 'siang malam Israel menggali secara terus-menerus, siapa pun tidak tahu kawasan tempat penggalian kerana tak ada kesan yang zahir tapi bunyi itu dapat didengari dari bawah tanah. Tambah pula, sebuah kawasan yang mendap seluas 12 meter persegi di tembok luar dari dinding Masjid Al-Aqsa'.

Abd Kadir menyatakan penggalian ini teramat bahaya, kerana ia mengubah ciri-ciri bandar Al-Quds dari satu bahagian. Dari sudut lain pula, kehidupan penduduk asal(Palestin) juga terancam. Rentetan itu, usaha yang dijalankan adalah dengan menghubungi pihak berkenaan bagi mendapatkan perintah mahkamah tinggi supaya menghentikan penggalian di kawasan terbabit. Sumber 27/05/2010, web berita safa.ps

Dua dari Bet Lehem ditangkap

BET-LEHEM, - Setelah menggeledah dua buah rumah penduduk Palestin di wilayah Bet Lehem, Tebing Barat, tentera penjajah menangkap dua penduduk Palestin.

Sumber tempatan melaporkan, bahawa tentera penjajah telah menangkap seorang pemuda, Rami shahdah Buji, 30 setelah rumahnya digeledah di petengahan kota berkenaan, kemudian Rami dibawa ke arah yang tidak diketahui.

Seorang lagi penduduk Palestin dari Mukhayyam Arub, selatan Bet-Lehem juga telah juga telah ditangkap tentera penjajah ketika melalui pintu keselamatan elektronik dan dibawa ke kawasan yang tidak diketahui.

Menurut saksi, tentera penjajah menangkap Mohammad Mahmud An-Namr, 21 setelah diselidiki lesen memandunya di pintu keselamatan tersebut. Saksi berkenaan menyatakan Muhammad telah dibawa ke arah yang diketahui. Sumber 27/05/2010, web berita safa.ps

Roket gugur di Ashkelon - Israel

ASHKELON - Dari radio Israel melaporkan, satu serangan roket yang dilancarkan dari Semenanjung Gaza telah gugur di pesisir bandar Ashkelon malam tadi(25/05/2010).

Sumber peta, google map: Bulatan yang berwarna merah adalah kedudukan pada sudut di utara Semenanjung Gaza, dan no.9 berwarna biru adalah tempat sasaran serangan roket yang gugur di Ashkelon, Israel sebagaimana yang dihebahkan oleh radio Israel.

Radio Israel menjelaskan, roket tersebut gugur di sebuah kawasan terbuka. Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan mahupun luka parah disebabkan serangan roket. Dalam masa yang sama, satu siren kecemasan berbunyi di sebuah tempat perkumpulan Yahudi ketika roket itu gugur.

Berikutan serangan roket ini, belum ada mana-mana kumpulan pejuang yang mengakui melancarkan serangan roket ke Israel. Sumber 27/05/2010, web berita safa.ps