
Mahmoud Abbas(gambar, arkib AFP), Presiden Palestin(Presiden yang telah tamat tempoh menurut HAMAS) berkata, bahawa apa jua usaha untuk membuka sekatan yang dikenakan ke atas Gaza sejak empat tahun semestinya didahului pembaikan antara gerakan FATAH dengan gerakan HAMAS, dan satu pihak yang juga terlibat dalam kerajaan Fayyad.
Dalam wawancara dengan akhbar 'Al-Ayyam' Palestin, Mahmoud Abbas berkata bahawa, 'sebarang usaha ataupun apa jua langkah-langkah dari pihak Israel mahupun pihak antarabangsa untuk membuka sekatan ke atas Gaza mestilah diadakan proses-proses itu dengan Kerajaan Fayyad.' Abbas menyifatkan, Kerajaan Fayyad adalah wakil rasmi Palestin di Tebing Barat dan Gaza(Kerajaan Pentadbiran Palestin di Ramllah yang diketuai Salam Fayyad tidak diiktiraf HAMAS).
Sumber menyebut, Abbas menggesa supaya kembali kepada perjanjian sempadan 2005 yang telah disepakati. Abbas berkata, "ketikamana kita kembali semula ke perjanjian itu(2005), maka kami akan kembalikan pengawal di bawah presiden ke Rafah."
Tambah Abbas, "tetapi hal ini menuntut kepada perbicaraan mengenai pembaikan dalaman(Palestin-Palestin), maka jangan letakkan ia di pihak Mesir dan semestinya kembali ke Gaza melalui cara pembaikan dengan pembaikan."
Abbas turut menyebut dalam wawancara itu mengenai apa yang berlaku di sebalik usaha perdamaian, kata beliau, "Saya tidak tahu sama ada boleh hampir kepada persepakatan atau tidak, kadang-kadang saya merasa bosan dan putus asa, tetapi saya masih mengharap."
Dari sumber lain, Duta Palestin ke Republik Arab Mesir yang juga merupakan wakil Palestin dalam Liga Arab, Dr. Barkat Al-Fira mengumumkan bahawa Mahmoud Abbas, Presiden Palestin akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Republik Arab Mesir, Housni Mubarak di bandar Sharm El-Sheikh pada hari esok, Selasa.
Pertemuan itu sebagaimana yang dimaklumkan, Abbas akan menyampaikan hasil kunjungan kerjanya ke Amerika Syarikat, Spain, dan Perancis dalam perjumpaan dengan Presiden Mesir. Disebutkan juga bahawa, perjumpaan kedua-dua pemimpin ini akan membincangkan tentang sekatan yang dikenakan ke atas Gaza, usaha-usaha Arab bagi mengakhiri sekatan ekoran dari ketetapan Liga Arab.
Selain itu, kunjungan Abbas ke Mesir juga untuk berterima kasih berikutan Mesir yang membuka sempadan Rafah pada awal bulan sehingga tidak diketahui penutupannya. Sumber 14/06/2010, web berita Al-Jazeerah dan web berita Al-Ayyam