28 Jun 2010

Seorang penduduk syahid, 2 parah dalam pengeboman Israel

GAZA - Menuruk saksi kejadian, "Sebuah kereta kebal Israel telah mengebom sekumpulan penduduk di akhir jalan Al-Nakhlu(النخل ) yang terletak di kawasan As-Sya'af(الشعف), timur Gaza yang mengakibatkan seorang penduduk syahid dan 3 yang lain parah."

Kumpulan pejuang Palestin, KATAIB ABU ALI MUSTAFA(sayap tentera Barisan Rakyat) berkata, sekumpulan pejuang dari unitnya telah melancarkan serangan 3 roket jenis RPG ke atas kereta kebal Israel. Kemudian, tentera penjajah mengebom sekumpulan pejuang itu yang mengakibatkan seorang pejuang, Basam Ibrahim Badwan, 29 dari Hayyu Syuja'iyah syahid, manakala 2 lagi pejuang parah.

Dalam keterangan akhbar, kumpulan pejuang itu menyatakan serangan itu adalah balasan ke atas jenayah penjajah khasnya di Al-Quds dan projek pengyahudian Al-Quds.

Sumber dari tentera Israel pula mengumumkan bahawa satu serangan roket buatan tempatan telah gugur di kawasan barat Naqab tengahari tadi.

Jelas sumber tersebut, tidak ada sebarang luka parah atau kerosakan harta benda akibat serangan roket yang gugur di Wilayah terbabit. Sumber 28/06/2010, web berita safa.ps

Penjajah rempuh masuk ke Khalil, seorang ditangkap

KHALIL - Sepasukan tentera penjajah telah merempuh masuk ke tiga buah bandar kecil di Wilayah Khalil(Hebron) di selatan Tebing Barat. Dalam rempuhan pagi ini di Wilayah tersebut, seorang penduduk Palestin telah ditangkap oleh tentera penjajah.

Sumber peta, google map. Bandar besar Khalil berada di kedudukan penanda berwarna kuning dan bandar-bandar kecil yang dirempuh tentera penjajah sebagaimana yang tertera di bawah:

1) Kedudukan Halhul bernombor 16 hijau di utara Khalil.
2) Nombor 8 hijau berwarna hijau adalah kedudukan Bayt 'Awwa.
3) Manakala 14 berwarna hijau adalah bandar kecil Al-Dhahiriya.
4) Kampung Dayr Samit bernombor 13 warna hijau.

Sumber keselamatan yang menyampaikan kepada agensi berita berkata, "tentera-tentera penjajahh telah merempuh masuk ke bandar kecil Halhul di utara Khalil, dan juga ke bandar kecil Al-Dhahiriya di selatan serta bandar kecil Bayt 'Awwa di barat daya Khalil."

Sementara itu, tentera penjajah turut memecah masuk ke sebuah rumah
penduduk Palestin, Isa Abdul Jawad Al-
Hurub di kampung Dayr Samit. Setelah berjaya pecah masuk, tentera penjajah melakukan pemeriksaan dalam keseluruhan rumah berkenaan.

Menurut saksi kejadian yang memaklumkan kepada agensi berita berkata, "tentera penjajah telah menangkap Raed Al-Hurub anak kepada pemilik rumah tersebut yang telah ditangkap sebelum ini dalam satu operasi penangkapan ke atas 21 penduduk di kampung yang sama seminggu yang lalu. Sumber 28/06/2010, web berita safa.ps

Turki tidak benarkan kapal terbang tentera Israel melintasi ruang udaranya

Berita semalam:

Sebagaimana dilaporkan, Kerajaan Turki tidak membenarkan kapal terbang tentera Israel yang membawa lebih dari 100 pegawai tentera Israel melintasi ruang udaranya menuju ke Polland dalam rangka lawatan ke kem tentera Nazi.

Memetik akhbar berita "Yediot Ahronot" Israel pada 27/06/10, Ahad, menyatakan Angkatan Tentera Udara Israel terpaksa mengubah laluan penerbangan bagi pesawat pengangkut yang membawa pegawai-pegawai tentera Israel setelah Kerajaan Turki tidak membenarkan pesawat itu melintasi laluan yang sebagaimana biasa dari ruang udara Turki.

Akhbar tersebut menjelaskan, tentera Israel tidak boleh menjawab secara rasmi berhubung tindakan Turki kerana bertujuan tidak mahu meningkatkan lagi krisis ketegangan yang melanda antara dua pihak. Krisis itu meletus setelah serangan Israel ke atas kapal-kapal freedom flotilla dan membunuh 9 sukarelawan Turki yang berada di atas kapal laut berkenaan. Sumber 27/06/2010, web berita Palestine 48(Pls48)