29 Jun 2010

Livni bantah longgarkan sekatan

AN-NASIRAH, - Ketua Parti Kadima yang merupakan parti pembangkang terbesar di Israel, Tsipi Livni(bekas Menteri Luar Israel) berkata, 'ketetapan Israel melonggarkan sekatan ke atas Gaza selamanya tidak rasional kerana ia menzahirkan kelemahan Israel dan menambahkan lagi pengiktirafan secara undang-undang kepada HAMAS.'

Memetik rangkaian 10, televisyen Israel yang menyiarkan pertemuan antara Livni dengan Setiausaha Agung parti pemerintah Perancis.

"Tujuan kami menentang agenda perlonggaran sekatan ke atas Gaza kerana kami mahu tunjukkan ketetapan kami adalah dari titik permulaan yang kuat dan bukan yang lemah serta mudah mengikut telunjuk Negara-negara luar dan Arab."

Livni dalam pertemuan itu meminta kepada wakil Perancis agar mengenakan tekanan kepada gerakan HAMAS agar dapat membebaskan seberapa segera seorang tentera Israel, Gilad Shalit yang ditawan HAMAS sejak empat tahun yang lalu.

Tambah Livni, 'waktu sebegini, Kerajaan Perancis dapat membentukkan faktor yang memberikan tekanan kepada HAMAS demi pembebasan Gilad Shalit dalam masa segera yang mungkin, inilah yang kami harap dari Kerajaan Perancis.'

Tsipi Livni yang juga terlibat dalam mengenakan sekatan ke atas Gaza membantah agenda bagi meringankan sekatan sebagaimana yang dikemukakan oleh Kerajaan Benjamin Netanyahu. Sedemikian itu, ia menjadi hujah yang merendah-rendahkan kedudukan Israel di mata dunia dan tempatan kerana tunduk kepada tekanan luar ekoran dari serangan berdarah ke atas freedom flotilla. Sumber 29/06/2010, web berita safa.ps

Perkhemahan Musim Panas UNRWA dibakar, senarai barangan yang tidak dibenarkan

Menurut sumber dan saksi kejadian berkata, sekumpulan bersenjata yang tidak dikenali telah menceroboh kem perkhemahan musim panas UNRWA di pantai Zuweidah, pertengahan Gaza.

Dalam kejadian itu, sekumpulan yang tidak dikenali itu telah mengikat pengawal kem. Sebelum kumpulan yang terbabit beredar dari kem tersebut, mereka telah membakar kem yang mengakibatkan kerugian besar.

Senarai-senarai yang tidak dibenarkan masuk ke Gaza

Sementara itu, sumber dari Kerajaan Israel menyatakan, pihaknya berharap agar mendapat sokongan dari Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama dalam perjumpaan di Washington pada 6 Julai akan datang berhubung senarai barangan baru yang tidak dibenarkan bawa masuk ke Gaza.
Memetik akhbar "Jerusalem Post" Israel dari sumber berkenaan menjelaskan bahawa Israel melihat senarai barangan yang meliputi 100 jenis kategori barang boleh digunakan untuk logistik ketenteraan. Sumber 29/06/2010, suratkhabar Shourouk(Mesir)

Pihak Keamanan Palestin tangkap 4 anggota kami - HAMAS

TEBING BARAT - Gerakan HAMAS( حركة المقاومة الإسلامية) mendakwa Pihak Keamanan Palestin di Tebing Barat menangkap empat anggotanya di Nablus dan Tubas.

Dalam kenyataan rasmi HAMAS yang disampaikan kepada agensi berita berkata, "seorang dari anggota HAMAS yang baru dibebaskan dari tahanan, Bahauddin Ya'ish telah ditangkap pada tengah malam semalam setelah rumahnya dipecah masuk, dan Musaddiq Kharuf serta 'Ala Hamami juga ditangkap."

Di Tubas pula, Pihak Keselamatan Palestin menangkap tahanan yang juga baru dibebaskan, Muhammad Audah Sawafitah. Malah beberapa dari kalangan anggota HAMAS yang lain dipanggil melapor diri, menurut kenyataan HAMAS.

Sementara itu, HAMAS mendakwa Pihak Keselamatan di Tebing masih menahan seorang pemimpin veteran HAMAS, Anuar A'mir berasal dari bandar kecil Bal'a semenjak seminggu yang lalu. Pemimpin HAMAS yang ditangkap itu adalah tahnan yang baru dibebaskan dari penjara Israel setelah ditahan selama 3 tahun. Sumber 29/06/2010, web berita safa.ps