03 Julai 2010

Penjajah kawal kampung 'Iraq Burin

NABLUS - Tentera penjajah memasang pagar keselamatan tengahari tadi di jalan masuk bahagian barat Kampung 'Iraq Burin yang terletak di selatan bandar Nablus, Tebing Barat.

Sumber peta, google map

Abdul Rahim Qadus, Ketua Majlis Perhimpunan Kampung 'Iraq Burin berkata kepada agensi berita, 'sepasukan tentera penjajah yang berkawal di jalan masuk ke kampung ini turut menghalang para wartawan dan aktivis luar dari memasuki kampung yang bertujuan untuk menyertai perarakan mingguan.'

Berikutan itu, Pihak Berkuasa Penjajah mengumumkan kampung 'Iraq Burin adalah zon tentera semenjak sebulan yang lalu bagi menghadkan kemasukan para aktivis luar yang menyokong penduduk kampung dengan menyertai perarakan mingguan. Para penduduk kampung mengadakan perarakan menuju ke tanah-tanah mereka yang diancam 'rampas' untuk kepentingan penduduk Israel di penempatan "Brakha" yang berhampiran kampung Palestin itu.

Minggu yang lalu, tentera penjajah telah menangkap beberapa orang dari aktivis luar yang cuba memasuki kampung 'Iraq Burin bagi menyertai perarakan mingguan. Sumber 03/07/2010, web berita safa.ps

50 kapal armada baru untuk ke Gaza

DAMSHIK, - Penyelaras Umum Jawatankuasa Bertindak Kebangsaan bagi memecah sekatan ke atas Gaza di Damshik, Syria mendedahkan bahawa armada yang tidak kurang dari 40 atau 50 buah kapal dalam persediaan menuju ke Gaza.

Ma'ien Bashour, penyelaras Jawatankuasa tersebut turut mendedahkan armada yang dalam persediaan ini terdiri dari benua Eropah, Asia, Afrika, Amerika dan Australia.

Memetik akhbar dari agensi berita "Saanaa" yang menukilkan ucapan Bashour di Tarablus, Lubnan bahawa armada telah bersiap sedia meskipun wujudnya beberapa kerumitan dan halangan-halangan.

Bashour turut berharap Kerajaan-kerajaan Arab dan Negara Islam agar mengambil pandangan membuka pelabuhan-pelabuhan di Negara-negara Arab dan Negara Islam agar kapal-kapal pemecah sekatan dapat berlepas keluar dari pelabuhan-pelabuhan itu. Sumber 03/07/2010, web berita safa.ps