19 Julai 2010

Israel tangkap perancang serangan 'operasi Khalil'

Media massa Israel mendedahkan pada hari ini mengenai penangkapan operasi Khalil yang berlaku pada 14 Jun lalu mengakibatkan seorang polis Israel terbunuh, manakala 3 lagi polis Israel parah.

Radio Israel menyebutkan bahawa SHABAK(Bahagian Keselamatan Am Israel) yang mendedahkan pada hari ini mengenai sekumpulan penduduk Palestin yang ditangkap kerana mensasarkan kawasan rondaan polis di kawasan مستوطنة عوتنيئيل, selatan Khalil, Tebing Barat.

Menurut sumber yang sama, mereka yang ditangkap dari kalangan orang-orang HAMAS( حركة المقاومة الإسلامية ), dan mereka ditangkap selepas 10 hari berlakunya operasi tersebut. Sebagaimana dijelaskan, sebahagian dari mereka yang ditangkap adalah tahanan yang telah dibebaskan dari penjara-penjara Israel sebelum ini.

Pihak Berkuasa Penjajah melaksanakan operasi penangkapan itu secara meluas di kampung Deir Samat sehingga tertangkap 21 penduduk dari kalangan penyokong HAMAS. Berita ringkas, sumber 19/07/2010, web berita Al-Jazeerah

Penjajah ceroboh selatan Gaza, pejuang hadang

KHAN YUNUS - Sumber melaporkan, 23 buah jentera perang Israel telah menceroboh di timur Khan Yunus dan Rafah dengan skala terhad pada petang tadi.

Dinyatakan, 2 buah jentera perang Israel yang mengiringi jentolak menceroboh ke dalam tanah penduduk Gaza di bandar kecil Qararah yang bertentangan dengan garisan sempadan. Sejumlah jentera perang tersebut menceroboh dalam jarak puluhan meter bertolak dari pos kawalan tentera 'Kissufim' sambil menghujani tembakan ke arah beberapa buah rumah penduduk Palestin di kawasan terbabit.

Sementara itu, 10 buah lagi jentera perang Israel menceroboh dengan skala terhad di kawasan Hayyul-'Umur yang terletak di tenggara Wilayah Khan Yunus malah turut melepaskan tembakan dengan bertubi-tubi.

Dari sudut lain pula, 4 buah kereta kebal dan dua buah jentolak Israel menceroboh kawasan sempadan(perlintasan) Karem Abu Salem dan meratakan tanah-tanah penduduk Gaza di kawasan berkenaan.

Sumber turut menyebut bahawa kumpulan pejuang, ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN(sayap tentera Lijan Al-Muqawamah As-Sha'biah) telah mengebom sebuah kumpulan jentera perang Israel yang berada di luar pintu masuk Sufa, selatan Gaza dengan peluru roket 'hawn', 100mm.

Dalam keterangan rasminya, ALWIYAH berkata, pihaknya telah mengebom sebuah perkumpulan jentera perang penjajah yang berada di luar Sufa malah ALWIYAH berupaya mengebom menara Merah Israel di timur Rafah, Selatan Gaza dengan peluru roket 'hawn', 82mm.

Dinyatakan, operasi serangan tersebut adalah untuk menghadang serangan Israel yang berterusan ke atas Gaza dan keseluruhan tanah-tanah Palestin. ALWIYAH turut menyatakan, jihad dan penentangan(perjuangan) adalah satu-satunya jalan bagi membebaskan kesemua tanah-tanah Palestin. Sumber 19/07/2010, jam 07.53 malam, Palestin/Mesir, web berita safa.ps

Faktor yang mengikat Kerajaan Gaza dengan kumpulan-kumpulan pejuang Palestin

GAZA - Ismail Haniah, Perdana Menteri Kerajaan Palestin Gaza menyatakan hubungan strategi yang wujud telah membina ikatan antara Kerajaannya dengan kumpulan-kumpulan pejuang Palestin.

Beliau mengatakan sedemikian berikutan pertemuan beliau dengan kumpulan pejuang dari ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN yang diketuai Setiausaha Agungnya, Abu 'Audh An-Nirab. Pertemuan tersebut membincangkan tentang kedudukan terkini mengenai dialog Palestin dari sudut politik, sekatan di Gaza dan masa depan hubungan dalaman Palestin(tanahair).

Dari sudut lain, Ismail Haniah turut menerima kunjungan dari sebuah delegasi perubatan Indonesia yang tiba di Gaza untuk menaja pembinaan hospital baru utara Gaza di kawasan Beit Lahiya.

Beliau menghargai penduduk Indonesia yang mengambil berat dan membantu secara rasmi penduduk Palestin. Tambahan pula, Indonesia adalah sebahagian dari hubungan strategi yang dalam mendalam sepertimana Negara-negara umat Islam yang lain mahupun Arab. Sumber 19/07/2010, web berita safa.ps

Berita lain:

> Sumber dari Bulan Sabit Merah Mesir menyatakan, sebanyak 535 tan barangan bantuan dari kapal Amal Libya telah dimasukkan ke Semenanjung Gaza. Laporan berita safa.ps pada jam 06.48 petang, Palestin/Mesir