20 Julai 2010

Oglu jumpa Mashaal di Damshik

DAMSHIK - Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoğlu telah bertemu dengan Ketua Biro Politik HAMAS, Khaled Mashaal ketika mengadakan kunjungan rasmi ke Syria semalam, menurut jurucakap Kementerian Luar Turki hari ini.

Sebagaimana dimaklumkan, Menteri Luar Turki mengadakan pertemuan dengan Presiden Syria, Bashar Asad dan Perdana Menteri Lubnan, Saad Al-Hariri.

Jurucakap rasmi Kerajaan Turki, Saleem Yanael menjelaskan bahawa beliau tidak mengetahui secara terperinci mengenai perbincangan antara Menteri Luar Turki dengan Mashaal.

Turki bertegas dengan pendiriannya ke arah gerakan HAMAS dengan menegaskan HAMAS telah memenangi pilihanraya secara demokrasi(2006) dan HAMAS mesti diberikan peluang demi untuk menjalankan peranannya sebagai pemerintah.

Turki juga menyeru kepada Negara-negara Eropah dan mana-mana Negara agar mengadakan hubungan perbincangan(diplomasi) dengan HAMAS serta tidak memutuskan hubungan komunikasi dengan HAMAS.

Waktu ini, Turki adalah Negara yang kuat menentang sebarang penentangan Israel terhadap Palestin, khususnya Semenanjung Gaza. Sumber 20/07/2010, web berita safa.ps

Pautan lain:

> Turkey's foreign minister meets with exiled Hamas leader

Capaian rujukan:

> Ahmet Davutoğlu(wikipedia)

Pelampau Yahudi rempuh masuk ke Al-Aqsa

AL-QUDS, - Sumber melaporkan, keadaan di bandar Al-Quds hari ini teramat tegang berikutan rempuhan yang dilakukan oleh beberapa kumpulan pelampau Yahudi pagi tadi ke perkarangan Masjid Al-Aqsa.

Ketua Bahagian Perancang di Masjid Al-Aqsa, Najih Bakirat dalam kenyataannya kepada agensi berita berkata, tiga kumpulan pelampau Yahudi yang terdiri dari puluhan pelampau Yahudi merempuh masuk ke perkarangan Masjid Al-Aqsa melalui pintu Al-Magharibah dengan dikawal ketat oleh polis Israel.

Kata beliau lagi, 'pelampau-pelampau Yahudi sedang berjalan-jalan di perkarangan Masjid Al-Aqsa ketika ini sempena memperingati hari yang dikenali mereka dengan keruntuhan haikal malah sebagai upacara permulaan bagi mengadakan perkumpulan terbesar pada keesokan hari sempena mengadakan upacara keagamaan.'

Beliau menyatakan, Pihak Berkuasa Penjajah menutup Masjid Al-Aqsa dari dimasuki penduduk Palestin yang ingin menunaikan solat malah turut menghalang selain daripada pelampau Yahudi sejak beberapa jam pagi tadi. Berikutan itu, keadaan menjadi tegang sehingga meliputi di luar tembok-tembok Masjid Al-Aqsa.

Sumber menambah, sebahagian besar penduduk asal Baitul-Maqdis bergegas ke tempat berkenaan. Bagaimanapun sehingga laporan ini diterbitkan pada jam 11.37 pagi tadi, waktu Palestin/Mesir tidak ada sebarang pertempuran berlaku. Sumber 20/07/2010, web berita safa.ps

Berita lain:

> Sumber khas kepada agensi berita safa.ps melaporkan bahawa Pihak Berkuasa Mesir membebaskan 2 lagi tahanan dari kumpulan JIHAD ISLAMI Palestin. Sumber 20/07/2010, jam 09.38 malam, Palestin/Mesir, web berita safa.ps

Karikatur: Gunung salji

Sumber karikatur, Palestine 1948(pls48)

"Gunung salji yang tidak cair meskipun bahang kepanasan yang bersangatan menimpanya"

- Inisiatif Perdamaian Arab -