
GAZA - Lapan penduduk Gaza mengalami luka parah dalam pengeboman yang dilancarkan pesawat tempur Israel 'F-16' ke atas ibu pejabat 'ansar' pihak keamanan dan perlindungan di barat bandar Gaza.
Gambar sebelah dan bawah: Dua kanak-kanak Gaza yang luka parah akibat pengeboman Israel menjelang tengah malam tadi.
Sebagaimana dilaporkan, pengeboman tersebut berlaku menjelang tengah malam tadi.
Pengerusi Bantuan Cemas di Kementerian Kesihatan Gaza, Dr.Muawiyah Husnain berkata, pengeboman ke atas ibu pejabat pihak keamanan itu telah mengakibatkan 8 penduduk luka parah dan kesemuanya telah dipindahkan ke hospital. Beliau turut menyatakan, keadaan mangsa pengeboman Israel berada di tahap agak kritikal tetapi stabil.
Menurut agensi berita 'safa' melaporkan bahawa satu letupan kuat kedengaran dari setiap pelusuk bandar Gaza ekoran pengeboman tersebut. Lantas, pasukan bantuan bergegas ke tempat kejadian.
Jelas laporan itu lagi, pesawat tempur Israel melancarkan beberapa siri serangan ke atas Gaza.

Laporan dari sumber menyatakan, ibu pejabat keamanan 'ansar' itu dibom dalam beberapa yang singkat sejurus pengeboman Israel di kawasan yang lain. Serangan pertama Israel mensasarkan sebuah terowong bawah tanah yang berada di timur bandar Rafah. Manakala, serangan yang kedua pula tertumpu di sebuah kawasan tanah lapang di Nuseirat, pertengahan Gaza. Bagaimanapun, tiada laporan mengenai luka parah di kawasan terbabit.
Berikutan peningkatan serangan Israel, Ketua polis Gaza mengeluarkan arahan kepada jabatannya agar menghentikan sebarang latihan dan kegiatan ketenteraan sehinggalah keadaan kembali pulih.
_____________________________
Pada jam 11.53 malam, Palestin/Mesir, satu lagi serangan Israel ke atas terowong bawah tanah di Rafah.
_____________________________
Sumber menyebut, serangan-serangan Israel ke atas Gaza hanya beberapa jam selepas wakil Israel di PBB, Gabriela Shalev menyerahkan surat aduan kepada Ban Ki Moon, Setiausaha Agung PBB. Dalam surat tersebut terkandung aduan dan bantahan terhadap serangan roket 'grad' yang gugur di pertengahan bandar Askalan, selatan tanah jajahan 1948 pagi Jumaat.
Shalev menyatakan dalam suratnya bahawa Israel mengiktibarkan serangan-serangan roket memberikan petanda yang bahaya. Wakil Israel itu turut meminta berjaga-jaga berikutan penyeludupan senjata ke Gaza serta mengancam keamanan dan keselamatan penduduk Negara 'Israel', menurut dakwaannya.
Shalev turut bertegas Israel sentiasa berpegang dengan haknya bagi mengambil sebarang langkah yang perlu bagi menjamin keselamatan dan mempertahankan penduduknya. Sumber 30/07/2010, web berita safa.ps
Berita lain:
> 09.11 malam, Palestin/Mesir. Menurut akhbar Amerika, Mesir mengakui bahawa misi pembinaan tembok keluli yang merentangi sempadannya dengan Gaza 'gagal'.