09 Ogos 2010

Lintas langsung dari 'Arish bersama Ashwad

KAHERAH - Pameran sempena bazar sri warisan yang tersergam dengan maklumat Palestin turut ditambah lagi dengan lintas langsung dari 'Arish bersama wartawan astro awani, Ashwad Ismail.

Ketika dihubungi, saudara Ashwad melaporkan bahawa rombongan Radig sekarang ini masih berada di 'Arish sedang menguruskan beberapa urusan sebelum bertolak menuju ke Rafah Mesir pada esok hari.

Mengenai anggota-anggota rombongan, saudara Ashwad mengatakan semua anggota rombongan tetap berkobar-kobar dalam misi kemanusiaan ini.

Wartawan astro awani mengharap kepada doa pelajar-pelajar Malaysia di Mesir dan semua penduduk Malaysia agar misi mereka tercapai. Sumber 09/08/2010, 06.18 petang, Mesir/Palestin, MAP