17 Ogos 2010

Penjajah bedil rumah, ceroboh timur Khan Yunus

KHAN YUNUS - Kejadian awal pagi ini yang dilaporkan, artileri Israel mengebom sebuah rumah yang telah musnah dengan tiga misil di bandar kecil, Abbasan baru. Seiring serangan itu, tentera Israel telah menceroboh ke kawasan Al-Farahain yang terletak di timur bandar Khan Yunus, selatan Semenanjung Gaza.

Menurut agensi berita 'safa', serangan dari misil Israel mengenai tepat rumah seorang penduduk Palestin, Hashim Ad-Daghmah yang telah dirobohkan oleh tentera penjajah sebelum ini. Sebagaimana dinyatakan, rumah Hashim hanya terletak sejauh 300 meter dari garisan sempadan yang memisahkan Gaza dengan tanah Palestin yang dijajah 1948.
Sumber menyatakan lagi, penjajah menghujani tembakan senjata berat di beberapa penjuru jalan dan rumah-rumah di kawasan tersebut. Berikutan itu, sebahagian daripada penduduk di kawasan berkenaan beredar meninggalkan rumah mereka. Bagaimanapun, tiada ada laporan kecederaan mahupun luka parah dalam serangan misil dan tembakan penjajah di kawasan tersebut.

Menurut saksi kejadian, dua buah helikopter Israel jenis Apache yang berlambang bintang 'david' warna merah mendarat di kawasan berlakunya tembakan itu. Kelihatan, tentera Israel yang cedera telah dipindahkan.

Dari sudut lain, sumber safa.ps melaporkan bahawa empat buah kereta kebal dan dua buah jentolak mara di kawasan Al-Farahain, timur Khan Yunus serta melepaskan tembakan ke atas beberapa buah rumah penduduk. Dinyatakan, rumah-rumah tersebut menjadi tempat tembakan roket 'hawn' dari sekumpulan pejuang Palestin ke atas satu unit tentera penjajah yang menceroboh masuk ke Gaza. Sumber 17/08/2010, 09.08 pagi, Palestin/Mesir, web berita safa.ps

Berita selanjutnya:

Sumber berita melaporkan pada jam 10.25 pagi, Palestin/Mesir bahawa dua tentera Israel cedera dalam serangan roket jenis 'hawn'. - Safa.ps