19 Ogos 2010

Israel bedil lagi Gaza

GAZA - Sumber melaporkan, artileri penjajah membedil sebuah kawasan lapang dengan beberapa tembakan misil di Hayyu Syuja'iyah, timur bandar Gaza pagi tadi.

Menurut saksi, beberapa buah jentera perang Israel yang berkumpul di pintu masuk tentera 'Nehal Auz' mengadakan operasi mengesan di kawasan berkenaan, kemudian melepaskan beberapa misil ke arah tempat di Hayyu Syuja'iyah.

Sehingga kini, tidak ada laporan mengenai kecederaan mahupun luka parah di kalangan penduduk Gaza. Sumber 19/08/2010, laporan pada jam 09.41 pagi Palestin/Mesir[03.21 petang Malaysia]web berita safa.ps

Konvoi Gaza selamat pulang

Petikan dari Sinar Harian:

KUALA LUMPUR - Misi Konvoi Ramadan di Gaza anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) selamat pulang ke tanah air selepas mengadakan lawatan selama 13 hari, termasuk lima hari di Genting Gaza, semalam.

Konvoi dianggotai 44 peserta itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 7.30 malam.

Setiausaha Agung Mapim, Mohd Azmi Hamid berkata, semua peserta konvoi bersyukur dengan kejayaan misi yang berjalan lancar.

Konvoi kemanusiaan itu memasuki Gaza melalui sempadan Rafah di Mesir pada 10 Ogos lalu dan meluangkan masa selama lima hari di wilayah Palestin itu bagi menjalankan tinjauan mengenai keadaan semasa di Gaza. Sumber 19/08/2010, web berita Sinar Harian