06 November 2010

Rejim zionis bedil Rafah, Khan Yunus

GAZA - Pesawat tempur zionis telah melancarkan dua serangan malam ini ke atas dua buah lokasi yang berbeza, Khan Yunus dan Rafah yang terletak di selatan Semenanjung Gaza.

Pemberita 'Safa' berkata, pesawat tempur zionis yang menyerang kawasan 'الزنة' di timur laut Khan Yunus mensasarkan sebuah tanah lapang. Dinyatakan, satu serangan misil dari pesawat zionis tidak mengakibatkan sebarang kecederaan.

Seiring serangan terbabit, sebuah lagi pesawat tempur jenis F-16 zionis telah mengebom terowong bawah tanah di kawasan 'يبنا' yang terletak di barat bandar Rafah. Serangan yang dilaporkan itu mengakibatkan seorang penduduk di lokasi berkenaan mengalami kecederaan ringan. Malahan turut mengakibatkan cermin tingkap beberapa buah rumah yang berhampiran pecah berikutan letupan yang terlalu kuat.

Menurut pemberita lagi, terowong bawah tanah yang menjadi sasaran serangan itu telah lama terbiar(ditinggalkan) kerana kerap dibom sebelum ini oleh pihak rejim zionis. Ketetapan bagi meninggalkan terowong tersebut dikeluarkan sendiri oleh pihak berautoriti yang berkaitan dengan pembinaan terowong bawah tanah. Sumber 06/11/2010, web berita safa.ps

Roket rosakkan harta benda

AL-QUS, - Media Israel melaporkan sebuah kerosakan harta benda terjadi di kawasan barat Naqab yang terletak di selatan Palestin, tanah jajahan 1948 akibat dari serangan roket Palestin.

Radio umum Israel berkata, serangan roket yang dilancarkan oleh pejuang Palestin telah gugur di kawasan barat Naqab yang mengakibatkan kerosakan harta benda. Namun, tidak ada sebarang kecederaan atau luka parah.

Sehingga kini, belum ada mana-mana kumpulan pejuang Palestin mengumumkan pihaknya yang melancarkan serangan itu. Sumber 06/11/2010, web berita safa.ps

ABU ALI letupkan kereta kebal zionis

JABALIYA - Kumpulan pejuang Palestin, KATAIB ABU ALI MUSTAFA(sayap pejuang JABHAH SHA'BIAH LI TAHRIR FALESTIN) mengumumkan pejuangnya berjaya menyerang hendap dan meletupkan peledak ke atas sebuah kereta kebal rejim zionis. Letupan peledak yang amat kuat itu setelahmana kereta kebal zionis mara dari arah belakang kawasan perkuburan, timur Jabaliya, utara Semenanjung Gaza.

Dalam salinan kenyataan rasmi yang disampaikan kepada agensi berita 'Safa' awal pagi sabtu, ABU ALI menjelaskan operasi tersebut berjaya dilaksanakan pada jam 11.40 malam(05/11/2010), waktu Palestin.

Berikutan letupan kuat, beberapa buah pesawat rejim zionis kelihatan berlegar-legar dari ruang udara di lokasi berkenaan. Rejim zionis turut menembak bom cahaya serta meningkatkan kawalan di lokasi yang berlaku serangan.

Sebagaimana yang dinyatakan dalam kenyataan kumpulan pejuang ABU ALI MUSTAFA, operasi sebegini adalah respon balas yang biasa ke atas jenayah yang dilakukan rejim zionis(penjajah) ke atas penduduk Palestin. Malah, operasi ini juga sebagai jalan untuk mempertahankan maruah penduduk dan tanah-tanah Palestin. Juga mengesahkan lagi, kumpulan pejuang akan berterusan 'menentang' dan 'menghadang' serangan musuh, rejim zionis. Sumber 06/11/2010, web berita safa.ps