11 November 2010

Tentera zionis parah akibat 'tembakan tepat'

GAZA - KATAIB ABU ALI MUSTAFA(sayap tentera JABHAH SHA'BIAH LI TAHRIR FALESTIN) telah mengumumkan pihaknya menembak tepat seorang tentera zionis berdekatan pintu gerbang 'Kissufim', selatan Semenanjung Gaza pagi khamis.

ABU ALI dalam kenyataan rasminya yang disampaikan kepada agensi berita 'Safa' berkata, "unit penembak tepat dari pejuang kami berjaya mensasarkan sekumpulan tentera rejim zionis secara langsung dan mengakibatkan salah seorang dari mereka parah."

Sebagaimana yang dijelaskan, tentera zionis yang ditembak rebah ke tanah. Berikutan itu, helikopter zionis jenis 'Apache' tiba di lokasi berkenaan.

ABU ALI turut menyatakan, pertempuran sengit telah meletus antara pejuangnya dengan tentera zionis. Lalu, helikopter dan artileri zionis kelihatan dikejarkan ke kawasan tersebut.

Kumpulan pejuang ABU ALI MUSTAFA menegaskan bahawa operasi 'tembak tepat' hanya tindak balas sebagaimana biasa ke atas jenayah yang dilakukan penjajah ke atas penduduk Palestin. Tambahan lagi, tentangan ke atas penjajah tetap berterusan. Sumber 11/11/2010, web berita safa.ps

Helikopter, kereta kebal zionis serang sebuah rumah

KHAN-YUNUS, - Sebuah rumah yang terletak di kawasan Al-Farahain, Abbasan Jadid, timur Khan Yunus menjadi sasaran serangan helikopter dan kereta kebal rejim zionis tengahari tadi.

Saksi kejadian menjelaskan kepada pemberita 'Safa' bahawa helikopter zionis membedil sebuah rumah dengan 3 peluru misil dan tembakan machine-gun. Seiring tembakan helikopter, kereta kebal zionis yang berpengkalan di garisan sempadan turut melepaskan beberapa tembakan ke arah rumah berkenaan.

Jurucakap Perkhidmatan Perubatan Ketenteraan, Adham Abu Salmiah menyatakan, ekoran serangan yang amat dahsyat, kereta ambulan mendapati kesukaran tiba ke rumah yang dibom.

Pemberita agensi 'Safa' berkata, rumah yang menjadi sasaran serangan itu telah ditinggalkan. Sebelum ini, rumah tersebut telah diserang sebanyak 2 kali. Ketika serangan tengahari tadi, tentera rejim zionis juga melepaskan tembakan ke arah kereta ambulan yang berusaha untuk tiba di lokasi berkenaan.

Sebaik sahaja helikopter zionis beredar dari ruang udara, kereta ambulan yang berusaha mendekati rumah terbabit dapat tiba ke situ. Jelas sumber lagi, tiada sebarang kecederaan dan luka parah dalam serangan rejim zionis.

Sumber lain, berita Al-Jazeerah yang melaporkan berita yang sama menyatakan adanya mangsa yang tercedera dalam serangan zionis. Sumber 11/11/2010, web berita safa.ps dan berita Al-Jazeerah