03 Disember 2010

SARAYA AL-QUDS bedil tentera zionis

GAZA - Sayap tentera gerakan JIHAD ISLAMI, SARAYA AL-QUDS telah mengumumkan pejuangnya telah membedil perkumpulan tentera rejim zionis berhampiran pos tentera Kissufim yang terletak di timur laut Khan Yunus, selatan Semenanjung Gaza.

SARAYA dalam laporan yang disampaikan kepada agensi berita 'Safa' berkata, pada jam 8.55 malam[waktu Palestin], unit pertahanan SARAYA AL-QUDS telah berupaya melancarkan beberapa serangan peluru mortar ke arah sebuah perkumpulan tentera rejim zionis di tepi menara kawalan tentera Kissufim.

Tambah SARAYA lagi, sebaik sahaja serangan mortar gugur berdekatan tempat zionis berkumpul, tentera rejim terus berundur segera dari lokasi berkenaan.

Di akhir laporan, SARAYA AL-QUDS mengesahkan pihaknya berhak untuk menentang dan menghadang sebarang tentangan dari tentera rejim zionis terhadap penduduk Palestin. Sambil itu, SARAYA berjanji hanya memilih jalan jihad serta penentangan sehinggalah keseluruhan tanah-tanah Palestin yang dijajah dapat dibebaskan semula.

Serangan roket gugur

Sementara itu, radio rejim zionis melaporkan, dua serangan roket mortar telah gugur di kawasan majlis daerah Ushkul, barat Naqab(tanah jajahan 1948) tanpa mengakibatkan sebarang luka parah. Sumber 03/12/2010, web berita safa.ps

ABU ALI bom jentera zionis

GAZA - Sebuah kumpulan pejuang Palestin di Gaza, ABU ALI MUSTAFA yang merupakan sayap tentera kepada JABHAH SHA'BIAH LI TAHRIR FALESTIN mengumumkan bahawa pihaknya telah mengebom sekumpulan jentera perang rejim zionis.

Pejuang ABU ALI MUSTAFA melancarkan 3 serangan peluru mortar 80mm pagi tadi ke atas sekumpulan jentera perang rejim zionis berhampiran kawasan Abu Al-'Ujain yang terletak di timur laut bandar Khan Yunus, selatan Semenanjung Gaza.

"Operasi ini adalah serang belas biasa ke atas jenayah yang dilakukan penjajah secara berterusan terhadap masyarakat kami," jelas ABU ALI dalam laporan bertulis kepada agensi berita 'Safa'.

ABU ALI dalam laporan tersebut turut mengulangi serangan terhadap rejim zionis tetap berterusan bagi membalas jenayah yang dilakukan malah akan menghadang setiap pencerobohan dari setiap tempat.

Lagi mangsa tembakan zionis

Sumber melaporkan, seorang penduduk Palestin cedera di kakinya akibat terkena tembakan rejim zionis di Bet Lahiya, utara Semenanjung Gaza.

Jurucakap Perkhidmatan Perubatan Tentera, Adham Abu Salmiah yang menyampaikan kepada agensi 'Safa', berkata, tentera zionis melepaskan tembakan machine-gun ke atas penduduk Palestin yang sedang mengutip kepingan besi dan sisa runtuhan tinggalan serangan zionis di utara Gaza.

Tambah Abu Salmiah, mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital Kamal Udhwan. Kecederaan mangsa disifatkan 'pertengahan'. Sumber 03/12/2010, web berita safa.ps