08 Disember 2010

Serangan roket terus sasar Israel

AN-NASIRAH, - Lagi serangan roket mortar gugur di sebuah kawasan terbuka di barat Naqab tengahari tadi.

Menurut rangkaian 10 Israel, sepasukan besar dari unit polis rejim zionis bergegas ke lokasi yang diserang dengan serangan roket. Lokasi tersebut berhampiran dengan sebuah perkampungan At-Taawuniah.

Sumber peta, google map.

Sumber menyebut lagi, siren kecemasan yang menandakan gugurnya serangan roket berbunyi di 'Askalan pagi tadi. Walaubagaimanapun, tentera rejim zionis mengumumkan bahawa tiada berlaku serangan roket di situ.

ABU ALI lancar roket ke tanah jajahan

Dari Gaza, KATAIB ABU ALI MUSTAFA yang merupakan sayap tentera JABHAH SHA'BIAH LI TAHRIR FALESTIN memaklumkan bahawa pihaknya telah mengebom sebuah pos kawalan tentera zionis yang terletak di kawasan perhimpunan penempatan haram Keffar 'Azza.

ABU ALI melancarkan roket Katyusha jenis BADAR 107 ke kawasan tersebut yang bertentangan dengan tanah perkuburan Syuhada.

Sumber peta, google map.

Pejuang ABU ALI MUSTAFA dalam laporan ketenteraan yang disampaikan kepada agensi berita 'Safa' menjelaskan beberapa pejuangnya dari unit roket telah mengebom secara langsung pos kawalan tentera zionis. Pejuang ABU ALI juga terselamat dari dikesan pesawat pengintip rejim zionis.

ABU ALI menyatakan, pengeboman itu sempena ulang tahun ke-43 penubuhan JABHAH SHA'BIAH LI TAHRIR FALESTIN, dan merupakan serang balas biasa ke atas jenayah yang dilakukan zionis terhadap penduduk Palestin. Sambil itu, kumpulan pejuang mengesahkan pihaknya tetap berpegang dengan jalan penentangan(المقاومة) ke atas penjajahan rejim zionis. Sumber 08/12/2010, web berita safa.ps

Satu keluarga terselamat dari artileri zionis

GAZA - Sebuah keluarga yang dilaporkan pasti menemui maut terselamat setelah satu serangan artileri zionis gugur ke atas rumah mereka di Hayyu Shuja'iyah, timur Semenanjung Gaza.

Gambar(safa): Seorang anggota polis memegang serpihan peluru artileri zionis yang gugur di rumah keluarganya di Hayyu Shuja'iyah.

Menurut pemilik rumah itu, Mas'ud As-Sarsawi berkata kepada pemberita 'Safa' bahawa serangan artileri zionis mengakibatkan kerosakan harta benda. Jelasnya, sebahagian rumahnya mengalami kerosakan, namun ahli keluarganya selamat.

As-Sarsawi menjelaskan lagi, peluru dari artileri zionis yang menyerang rumahnya dari arah utara telah merosakkan dua buah bilik di rumahnya. Berikutan itu, beberapa dari anggota keluarganya yang berada dalam rumah terselamat ketikamana pengeboman itu berlaku ke atas rumahnya.

3 Palestin cedera

Sementara itu, 3 penduduk Palestin yang mengutip kepingan besi telah tercedera akibat terkena serpihan serangan artileri zionis yang ditembak ke arah mereka. Berikutan itu, pasukan bantuan telah membawa kesemua mangsa ke hospital Shifa'.

Abu Salmiah, jurucakap Perkhidmatan Perubatan Tentera di Gaza menyifatkan kecederaan yang dialami mangsa serangan artileri sebagai luka ringan(gambar di atas). Sumber 08/12/2010, web berita safa.ps

Dua serangan zionis di selatan Gaza

GAZA - Sumber melaporkan, pesawat-pesawat tempur zionis melancarkan dua serangan di selatan Semenanjung Gaza dalam dua kejadian berasingan awal pagi tadi.

Pemberita 'Safa' berkata, serangan pertama mensasarkan sebuah ladang penternakan haiwan yang dimiliki keluarga Abdul Hakim Al-Mujayedah (منطقة القيزان) di selatan Khan Yunus. Akibat serangan, ladang penternakan terbabit mengalami kerosakan yang cukup besar.

Sementara itu, sumber perubatan memaklumkan kepada pemberita 'Safa' bahawa serangan tersebut mengakibatkan seorang pemuda berusi 22 tahun, Nidhal Umairah mengalami kecederaan ringan berikutan serpihan-serpihan peluru yang berterbangan setelah letupan yang kuat. Mangsa telah dibawa ke hospital awam Naseer di bandar Khan Yunus.

Seiring kejadian itu, serangan yang kedua dari pesawat tempur zionis mensasarkan sebuah terowong bawah tanah yang terletak di sempadan Mesir-Palestin.

Lokasi terowong bawah tanah yang diserang adalah di 'منطقة الجردات' terletak di timur sempadan Rafah. Dilaporkan, berlaku kemusnahan yang besar ke atas beberapa buah terowong bawah tanah yang berhampiran dengan lokasi yang dibom pesawat zionis. Sumber 08/12/2010, web berita safa.ps