21 Disember 2010

Lokasi AL-QASSAM kena serang lagi

Laporan berita jam 04.38 petang, Palestin/Mesir

GAZA - Pesawat-pesawat tempur zionis telah melancarkan lagi serangan ke atas sebuah lokasi KATAIB SYAHID IZZUDIN AL-QASSAM, sayap tentera gerakan HAMAS yang terletak di bandar Rafah, selatan Gaza.

Penyampai berita Safa berkata, serangan pertama ke atas lokasi tersebut telah dilancarkan oleh pesawat pengintip zionis tanpa juruterbang, namun tidak ada sebarang luka parah. Bagaimanapun, beberapa minit selepas itu, tiba pula pesawat tempur zionis F-16 melepaskan 3 peluru misil ke atas lokasi terbabit mengakibatkan ada mangsa cedera.

Jurucakap Panitia Tertinggi Bantuan Cemas, Adham Abu Salmiah berkata kepada berita Safa bahawa pasukan ambulan telah membawa 4 penduduk Palestin yang cedera dalam serangan berkenaan ke hospital Abu Najjar di Rafah. Sumber 21/12/2010, web berita safa.ps

Lagi kedengaran letupan dan serangan

GAZA - Beberapa detik selepas tengah malam, web berita safa melaporkan sebentar tadi, bahawa kedengaran letupan kuat yang menggegarkan di bahagian utara Semenanjung Gaza(jam 12.17 pagi, waktu Palestin/Mesir i 06.17 pagi, waktu Malaysia).

Pada jam 12.26 pagi, waktu Palestin/Mesir, lapor sumber bahawa pesawat tempur zionis mengebom lagi sasaran terbaru di Khan Yunus. Sumber 21/12/2010, web berita safa.ps