26 Disember 2010

Pejuang bertempur dengan tentera zionis

Laporan asal jam 01.45 pagi, Palestin/Mesir
Kemaskini akhir jam 09.30 pagi, Palestin/Mesir

GAZA - Pertempuran sengit antara pejuang Palestin dengan tentera rejim zionis meletus awal pagi ini di sekitar desa Khuza'ah yang terletak di garisan pemisah, timur Khan Yunus, selatan Semenanjung Gaza.

Menukil saksi kejadian, Safa melaporkan pejuang-pejuang Palestin melepaskan tembakan ke arah pasukan tentera rejim zionis yang cuba mara di kawasan berkenaan, lantas mencetuskan pertempuran sengit yang berlangsung selama beberapa jam.

Semasa pertempuran, beberapa buah rumah penduduk Gaza di belakang sekolah 'Syuhada Gaza' dibom malah tembakan sengit senjata berat zionis tidak putus-putus kedengaran.

Ketika itu, tentera zionis yang disokong dua buah helikopter 'Apache' menyerang rumah-rumah penduduk dengan tembakan senjata berat. Tambahan lagi, sebuah tanah lapang di lokasi tempur dan sekitarnya juga menjadi sasaran tembakan Apache zionis.
______________________________________________

Menurut saksi(jam 02.00 pagi, Palestin), kelihatan di Khuza'ah, sebilangan besar tentera zionis di samping pesawat-pesawat tempur yang sedang berlegar-legar di ruang udara.

02.28 pagi, Palestin/Mesir: Helikopter zionis jenis 'Apache' melepaskan tembakan senjata berat ke atas beberapa buah rumah di Khuza'ah.

03.41 pagi, Palestin/Mesir: Terputus hubungan dengan 3 pejuang SARAYA AL-QUDS.


08.03 pagi, Palestin/Mesir: Mayat as-syahid Mus'ab Isa Abu Rouk tiba di hospital Naseer.

09.09 pagi, Palestin/Mesir: Lagi mayat pejuang yang syahid dibawa ke hospital Eropah Gaza.

______________________________________________

Sumber tertentu yang menyampaikan kepada pemberita Safa bahawa 3 pejuang SARAYA AL-QUDS(sayap tentera gerakan JIHAD ISLAMI) yang terlibat dalam pertempuran tidak dapat dihubungi.

Suasana lokasi diselubungi gelap pekat, krew bantuan ambulan juga tidak dapat menuju ke arah lokasi tempur berikutan kewujudan sejumlah besar tentera zionis yang akan menembak apa sahaja benda bergerak.

2 pejuang syahid

Pertempuran sengit awal pagi tadi mengakibatkan 2 pejuang Palestin syahid.

Jurucakap Panitia Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza, Adham Abu Salmiah berkata, mayat as-syahid Mus'ab Isa Abu Rouk, 22 dibawa ke hospital Naseer di Khan Yunus dalam keadaan berkecai disebabkan 20 serangan peluru meriam yang ditembak dari kereta kebal zionis di lokasi tempur.

Jelas Abu Salmiah lagi, pejuang kedua yang syahid adalah Mahmoud Yusuf An-Najjar. Setelah beberapa jam syahid, jasad An-Najjar dapat dibawa ke hospital Eropah Gaza ekoran kesukaran yang dihadapi pasukan perubatan disebabkan tembakan dari tentera zionis.

Sayap tentera gerakan JIHAD ISLAMI mengakui pejuangnya bertempur dengan tentera zionis di Khuza'ah.

SARAYA AL-QUDS memaklumkan bahawa pejuangnya melancarkan 6 serangan roket RPG ketika menghadang kemaraan sepasukan unit khas tentera zionis ke kawasan Khuza'ah. Bagaimanapun, dua pejuang SARAYA AL-QUDS menemui syahid dalam pertempuran dengan tentera zionis awal pagi tadi. Sumber 26/12/2010, web berita safa.ps