17 Januari 2011

Kronologi serangan Israel di Gaza 2008-2009(22)

17 Januari 2009
HARI KE 22 SERANGAN ISRAEL DI GAZA
(Hari ke-13 Serangan dan pencerobohan darat di Gaza)
_______________________________________
Kronologi sebelum ini:

Serangan Israel di Gaza 2008-2009(21)
_______________________________________

Usaha selamatkan Gaza

- Persidangan tergempar Gaza yang berlangsung di Doha, Qatar selesai dengan resolusi yang dapat memberikan perlindungan kepada Gaza, malah secara umum kepada Palestin dari bentuk kekejaman Israel. Resolusi tersebut menyokong Palestin dari sudut diplomasi dan ketenteraan.
_______________________________________

Klip berita: Penjelasan dari Perdana Menteri Qatar(Menteri Luar) berhubung ketidakhadiran Mahmoud Abbas(Abu Mazen) ke Persidangan Tergempar Gaza pada 16-17/Januari/2009.


Sumber: youtube.com
_______________________________________

- Persidangan tersebut tidak disertai Mahmoud Abbas, presiden Palestin(HAMAS tidak memperakui jawatan tersebut). Beliau mengatakan ketidakhadirannya disebabkan tekanan yang menimpa dirinya.

Perjanjian serantau

- Satu perjanjian telah ditandatangani antara Condolezza Rice, Menteri Luar US dengan Tsipi Livni, Menteri Luar Israel bertujuan memberi tekanan kepada HAMAS. Perjanjian tersebut berkait dengan perlaksanaan menghentikan penyeludupan senjata ke Gaza dan keselamatan serantau.

Pejuang membalas lagi serangan

- Pejuang Palestin telah melancarkan lebih 15 serangan roket ke Israel(tanah jajahan 1948). 7 dari serangan tersebut gugur di beberapa buah kawasan yang berlainan di barat Naqab.

Selain itu, nntara kawasan di tanah jajahan yang menjadi sasaran serangan roket:

1) Bandar Ofakim
2) Netivot
3) Sderot
4) Pengkalan Tentera Udara Israel 'Hetsarim'

Israel terus serang

- Israel membedil barat laut Gaza dengan artileri(meriam) menyebabkan 2 penduduk Gaza syahid.

- Serangan masih diteruskan. Tentera Israel telah menyerang kawasan di Rafah dan beberapa serangan di Beit Lahiya, utara Semenanjung Gaza. Sebuah sekolah seliaan UNRWA turut dibedil Israel.

- Dinyatakan, Israel menggugurkan bom phosporous putih ke atas sebuah rumah di Abraj Al-Karamah.

- Di timur Gaza pula, pertempuran sengit antara pejuang Palestin dengan pasukan tentera Israel.

- Timur laut Khan Yunus, dilaporkan 2 penduduk syahid dalam satu serangan Israel ke atas penempatan Husainat. Menurut sumber, jam 12 tengahari(Mesir/Gaza) sehingga jam 3 petang(Mesir/Gaza) adalah waktu gencatan senjata yang diumumkan oleh Israel bagi memberi laluan kepada bantuan kemanusiaan dan kemasukan barang-barang bantuan ke Gaza.

- Namun, Israel melanggar gencatan senjata hari ini yang bermula jam 12 tengahari hingga 3 petang. Menurut sumber, Israel telah menyerang beberapa tempat di Gaza.

Mangsa perang

- Jumlah syahid dan cedera penduduk Gaza sentiasa meningkat dari masa ke masa berikutan serangan tentera Israel yang sentiasa berterusan.

- Usamah Hamdan, anggota Biro Politik HAMAS: Pengumuman Israel berhubung menghentikan serangan di sebelah pihak adalah cuba untuk mendapatkan perhatian dari semua pihak terhadap usahanya dan bertujuan untuk membantu Israel.

Kedudukan terkini

- Desas-desus mengatakan Israel hampir mengumumkan bagi menghentikan serangan di Gaza(sebelah pihak) setelah perang memasuki minggu ke empat.

- Dari sebelah utara Gaza, tentera zionis mengepung Bet Hanoun dan berpengkalan sementara antara di tengah-tengah jalan menghubungi antara Bet Hanoun dan Bet Lahiya.

- Tentera zionis dikerahkan bertebaran di sepanjang garisan merah dari perlintasan Karni sehingga ke Netzarim(penempatan haram Israel 2005).

- Di selatan Gaza, Israel menguasai Abbasan.

Penjuru utara Semenanjung Gaza: Bet Hanoun dan Bet Lahiya.

Penjuru tengah Gaza: Garisan merah yang merintangi pertengahan Gaza, tentera Israel dikerahkan berada di sepanjang garisan tersebut.

Penjuru selatan Gaza: Israel kuasai Abbasan dan menyerang As-Shaukah. Sementara, pesawat-pesawat tempur Israel mengebom terowong bawah tanah.

- Di Rafah Gaza, pesawat-pesawat tempur Israel mengebom terowong-terowong bawah tanah yang terletak di sepanjang garisan sempadan yang memisahkan antara Rafah Gaza - Rafah Mesir.

Zionis ceroboh Gaza

Laporan jam 11.43 tengahari, Palestin/Mesir

GAZA - Sekumpulan jentera perang zionis telah menceroboh dalam jarak terbatas ke dalam tanah Gaza pada waktu zohor tadi. Jentera perang zionis dilihat keluar dari pintu gerbang Abu Qatrun memasuki ke dalam tanah penduduk Gaza dari arah timur El-Buraij di pertengahan Semenanjung Gaza.

Menurut pemberita 'Safa', 2 buah jentolak menyerodok dan meratakan tanah sejauh 250 meter, di samping itu 4 buah jentera perang zionis mengiringi jentolak sambil melepaskan tembakan secara terputus-putus.

Sehingga kini, kawasan-kawasan yang bersempadan dari arah timur Gaza, setiap kali pencerobohan, jentolak zionis akan menyerodok serta meratakan tanah pertanian mengikut keluasan skala tertentu di sepanjang garisan sempadan.
________________________________________________
Baca lagi:

Pejuang 'bertenang', zionis tembak penduduk

________________________________________________

Sebaik sahaja perang 2008-2009, tentera zionis memberi amaran kepada penduduk Palestin di Gaza agar tidak mendekati 300 meter dari garisan sempadan yang diiktibarkan 'zon tentera'. Sesiapa yang melanggar amaran tersebut akan menjadi sasaran ancaman dari tentera zionis, menurut sumber. Sumber 17/01/2011, web berita safa.ps