25 Mac 2011

Laporan: HAMAS minta PBB hentikan serangan Israel di Gaza

[Terjemahan laporan akhbar dari media Israel, Haaretz, 25/03/2011]

Al-Quds Al-Arabi melaporkan bahawa jurucakap HAMAS menggesa campur tangan Liga Arab bagi menghentikan ‘pencerobohan Israel’ dan menghalang Israel dari ‘mengeksploitasi ketidakstabilan dalaman untuk mewajarkan pembunuhan beramai-ramai ke atas rakyat Palestin.’

Oleh: Agensi Haaretz

Menukil laporan Al-Quds Al-Arabi, HAMAS telah menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu(UN) pada Jumaat lepas untuk menghentikan “jenayah serangan terbaru ke atas Gaza,” demikian itu merujuk kepada peningkatan serangan udara Israel terhadap Genting Gaza(Semenanjung Gaza, Jalur Gaza) yang menarik lebih banyak serangan roket.

Laporan yang dinukilkan oleh media Israel juga menyatakan bahawa Taher al-Nunu, jurucakap gerakan HAMAS, meminta Liga Arab bertindak segera menghentikan “serangan terbaru Israel”.

"Israel perlu dicegah dari mengeksploitasi ketidakstabilan kawasan sekitar dan dunia dengan mengadakan pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin,” kata Taher.

Keadaan sekitar sempadan Israel(tanah jajahan)-Gaza meningkat tegang sepanjang minggu lepas, seiring peningkatan serangan roket dari Gaza dan serangan balas udara dari Israel di Genting Gaza.

Operasi serangan yang terkini, tentera udara Israel melancarkan serangan peluru berpandu ke atas ibu pejabat tentera di utara Gaza, yang mengikut sumber-sumber rakyat Palestin, milik sayap tentera gerakan HAMAS.

Serangan yang dilancarkan sekitar 8.30 malam Khamis waktu tempatan, setelahmana 2 roket dan beberapa mortar dilepaskan dari Gaza mendarat ke Israel lebih awal pada hari itu.

Dalam laporan yang berasingan oleh media Israel menyebut, juruhubung dari HAMAS dan Israel sepatutnya bertemu dengan pihak ketiga bertujuan mengurangkan ketegangan antara dua pihak.

Laporan tersebut, yang tidak dapat disahkan, datang dari akhbar arab yang berpusat di London, Al-sharq Al-Aswat. Walaupun Israel menyerang Genting Gaza, Perdana Menteri Benjamin Netanyahu memberi amaran pada hari Khamis(semalam), jika HAMAS memilih untuk meningkatkan ketegangan di sempadan, Israel akan menimbang. Sumber 25/03/2011, web berita haaretz

Penjajah kemuka surat jumpa perisikan

Laporan asal jam 10.06 pagi, Palestin/Mesir

KHALIL - Operasi serbuan awal pagi Jumaat tertumpu di beberapa buah daerah di Khalil, selatan Tebing Barat. Ketika operasi tersebut, pasukan tentera penjajah(rejim zionis) telah mengemukakan surat kenyataan kepada beberapa orang penduduk Palestin agar pergi menemui perisikan penjajah.

Gambar(arkib safa): Tentera penjajah ketika mengadakan sekatan jalan.

Menurut sumber keamanan, tentera penjajah telah menyerbu masuk ke daerah Ad-Zahiriah, Bani Na'iem, Yataa, As-Samu' dan beberapa buah lagi daerah di Khalil.

Sumber turut menjelaskan, penjajah turut mengadakan beberapa sekatan jalan di kawasan-kawasan berkenaan. Sambil itu, penduduk Palestin yang melalui sekatan disiasat ideniti mereka malah ada yang ditahan serta dikurung. Jelas sumber lagi, pemeriksaan turut dikenakan ke atas kenderaan yang dinaiki penduduk Palestin. Sumber 25/03/2011, web berita safa.ps