11 April 2011

Terminal Karem Abu Salem terus ditutup

Laporan jam 06.37 pagi, Palestin/Mekah
Jam 05.37 pagi, Mesir

GAZA - Hari ini telah memasuki hari ke enam, pihak berkuasa rejim zionis menutup terminal Karem Abu Salem yang terletak di tenggara Semenanjung Gaza.

Gambar dan peta: Terminal Kerem Shalom(Karem Abu Salem).

Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan Kemasukan barang ke Gaza, Raed Futuh menyatakan, pihak berkuasa rejiim zionis memutuskan terus menutup perlintasan atas sebab keselamatan.

Jelas beliau, penutupan tersebut telah menghalang kemasukan barang dagangan dan bantuan-bantuan ke Gaza.

Kini, terminal Karem Abu Salem yang masih ditutup merupakan satu-satunya terminal dikhususkan barang dagangan dan bantuan ke Gaza setelahmana rejim zionis membuat keputusan akhir menutup terus terminal Al-Mintar di timur Semenanjung Gaza.

Sejak pertengahan 2007 lagi, rejim zionis mengenakan sekatan ketat ke atas Semenanjung Gaza sejak. Dalam tempoh itu, sebahagian dari keperluan asasi ada yang tidak dibenarkan masuk ke Gaza. Lebih-lebih lagi, zionis mengenakan kawalan setiap barang-barang dan keperluan Gaza yang akan dibawa masuk melaluinya. Sumber 11/04/2011, web berita safa.ps

2 pejuang cedera akibat letupan

Laporan jam 02.11 pagi, Palestin/Mekah
Jam 01.01 pagi, Mesir

GAZA - Letupan awal pagi ini di Mukhayyam El-Buraij mengakibatkan dua pejuang Palestin cedera.

Menukil dari sumber perubatan di hospital Syuhada Al-Aqsa di Der Balah, katanya, dua pejuang Palestin mengalami kecederaan yang disifatkan pertengahan.

Timbul percanggahan berita mengenai sebab letupan. Sehubungan itu, sebahagian sumber menyebut letupan tersebut akibat pengeboman pesawat pengintip tanpa pemandu, di samping itu, sumber tertentu mengesahkan kepada Safa bahawa letupan itu ekoran dari beberapa peluru mortar yang dikatakan sedang untuk dilancarkan.

Laporan semalam pada jam 10.03 malam,Palestin, media Israel 'Yedioth Ahronoth' menyebutkan bahawa satu serangan roket Palestin dari Gaza gugur di bandar Askalan. Jelas sumber itu, tidak ada sebarang laporang mengenai kecederaan dan kerosakan harta benda.

Sumber hebrew itu berkata, sejak pagi Ahad, 12 serangan roket dan mortar gugur di Naqab. Dinyatakan lagi, satu serangan roket Palestin berjaya ditangkis sistem penangkis 'iron dome'.

KABINET seru memburu pelancar roket

Laporan pada jam 05.00 petang semalam, Majlis KABINET Israel bagi hal-ehwal politik dan keselamatan telah mengeluarkan taklimat kepada tentera zionis bagi meneruskan operasi menyerang(memburu) mereka yang berada di sebalik pelancar roket Palestin ke tanah jajahan 1948.

Radio Israel berkata, keputusan tersebut diputuskan KABINET ketika perjumpaan tengahari semalam yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri rejim zionis, Benjamin Netanyahu.

KABINET Israel menetapkan agar segera persediaan itu dibuat bagi melindungi pelusuk dalaman bandar-bandar Israel di selatan tanah jajahan.

Kini, gencatan senjata(tenang) dari kedua-dua belah pihak telah bermula. Zionis telah menawarkan gencatan senjata pada jam 01.21 pagi semalam bagi menghentikan serangan dan meminta pejuang juga menghentikan serangan roket.

Sebelum ini, beberapa sayap tentera Palestin turut mengumumkan bersetuju memberikan peluang kepada pihak-pihak perantaraan bagi menjayakan gencatan ini. Di samping itu, pihak pejuang berpegang dengan hak untuk membalas serangan sekiranya rejim zionis masih meneruskan serangan dan pencerobohan di Gaza. Sumber 11/04/2011, web berita safa.ps

Catatan masa angin tenang di Gaza pada 10/04/2011

[Turutan bermula dari bawah]

04.07 petang, Palestin/Mekah(03.07 petang, Mesir): Amru Mousa - Liga Arab akan mendesak Majlis Keselamatan Antarabangsa mengenakan perintah larangan melintasi ruang udara Gaza.

Sejak jam 01.00 pagi, Mesir sehinggalah waktu ini Gaza diselubungi rasa tenang setelahmana rejim zionis menawarkan gencatan senjata pada jam 12.21 pagi, Mesir. Kini, zionis membuat serangan dan ancaman melalui media. Serentak dengan itu, Liga Arab mengadakan pertemuannya hari ini bagi membincangkan serangan zionis di Gaza.

12.47 petang, Palestin/Mekah(11.47 pagi, Mesir): Pejuang SARAYA AL-QUDS - kami bersikap tenang selagimana zionis juga mengambil sikap yang sama.

10.41 pagi, Palestin/Mekah(09.41 pagi, Mesir): Media Israel 'Yedioth Ahronoth' - Roket Palestin menyerang Askalan, tidak ada laporan kecederaan.

09.16 pagi, Palestin/Mekah(08.16 pagi, Mesir): Perlintasan Karem Abu Salem masih ditutup.

09.13 pagi, Palestin/Mekah(08.13 pagi, Mesir): Liga Arab mengadakan persidangan hari ini bincang serangan zionis di Gaza.

08.20 pagi, Palestin/Mekah(07.20 pagi, Mesir): Lieberman beri pilihan kepada Netanyahu, sama ada selesaikan HAMAS atau Kerajaan zionis yang diketuai Netanyahu digulingkan.

08.06 pagi, Palestin/Mekah(07.06 pagi, Mesir): Barak - Kami akan hentikan mengebom Gaza apabila HAMAS telah henti dari menyerang daerah-daerah zionis.

07.13 pagi, Palestin/Mekah(06.13 pagi, Mesir): Radio Israel - Sejak waktu asar dari hari Khamis lepas, sebanyak 120 serangan roket termasuk peluru mortar gugur di selatan tanah jajahan 1948.

06.20 pagi, Palestin/Mekah(05.20 pagi, Mesir): Media Israel 'Yedioth Ahronoth' - Elektrik terputus di Ushkul setelah peluru mortar meletupkan kabel elektrik.

02.25 pagi, Palestin/Mekah(01.25 pagi, Mesir): Pesawat pengintip zionis tanpa pemandu atau si dengung berterbangan rendah di ruang udara Gaza.

01.21 pagi, Palestin/Mekah(12.21 pagi, Mesir): Zionis menawarkan gencatan senjata, sebagai balas pejuang Palestin mesti hentikan serangan roket.

01.05 pagi, Palestin/Mekah(12.05 pagi, Mesir): Abbas - Saya risau berlaku pembunuhan beramai-ramai di Gaza. Pihak antarabangsa mesti hentikannya.

12.32 pagi, Palestin/Mekah(09/04: 11.32 malam, Mesir): Menurut media Israel 'Yedioth Ahronoth', satu serangan roket gugur di barat Naqab(tanah jajahan 1948). Tidak ada kecederaan dilaporkan.

Sumber 10/04/2011, safa.ps