12 April 2011

Ahli parlimen HAMAS ke tahanan tanpa bicara

Laporan asal jam 01.40 petang, Palestin/Mekah
Jam 12.40 petang, Mesir

KHALIL - Mahkamah 'Ofer' Israel hari ini telah menukar seorang ahli parlimen Majlis Legislatif yang mewakili gerakan HAMAS, Muhammad Maher Badar(gambar) berasal dari Khalil ke tahanan tanpa bicara.

Perintah tahanan tanpa bicara yang dikeluarkan oleh mahkamah Israel terhadap ahli parlimen tersebut selama enam bulan.

Beliau ditangkap pada awal bulan April. Dalam waktu yang sama, tentera rejim penjajah turut menangkap 12 lagi ahli parlimen Majlis Legislatif Palestin. Ramai di antara ahli parlimen itu dikenakan tahanan tanpa bicara. Sumber 12/04/2011, web berita safa.ps

Catatan, tenang Gaza 11/04/2011

[Turutan bermula dari bawah]

07.23 malam, Palestin/Mekah(06.23 malam, Mesir): Bekas pegawai bahagian keselamatan zionis pada waktu asar tadi meminta Kerajaan zionis agar menyempurnakan dokumen penukaran tahanan dan tawanan. Sedemkian itu, bagi membebaskan seorang tentera zionis, Gilad Shalit yang kini berada dalam tawanan pejuang Palestin di Gaza sejak tahun 2006.

Antara bekas pegawai keselamatan itu adalah bekas Ketua Perkhidmatan Keselamatan Dalam Negeri(SHABAK), bekas ketua MOSSAD dan Ketua Turus Angkatan Tentera rejim zionis.

07.23 malam, Palestin/Mekah(06.23 malam, Mesir): Wakil Kementerian Kehakiman, Usamah Saad berkata, pesawat zionis yang melintasi semula ruang udara Gaza mencabar ketetapan Liga Arab. Semalam, Liga Arab dalam pertemuan tergempar memutuskan beberapa ketetapan, antaranya akan mendesak Majlis Keselamatan Antarabangsa mengenakan larangan melintasi ruang udara Gaza terhadap pesawat-pesawat zionis.

02.55 petang, Palestin/Mekah(01.55 petang, Mesir): Tsipi Livni - Ketua Pembangkang zionis dari parti kadima - Semestinya tunjuk kekuatan zionis apabila bertembung dengan roket-roket Gaza.

02.54 petang, Palestin/Mekah(01.54 petang, Mesir): Pesawat-pesawat zionis kerap berterbangan di ruang udara Gaza.

02.49 petang, Palestin/Mekah(01.49 petang, Mesir): Tembakan gempa gegar ruang udara Gaza.

Tembakan @ serangan gempa - Serangan terbatas di ruang udara tanpa mengakibatkan sebarang kerosakan atau kehilangan nyawa. Kebiasaannya, tembakan tersebut hanyalah sebagai peringatan.

Sumber 11/04/2011, safa.ps