13 April 2011

Jalan ke arah penubuhan Negara Palestin masih panjang - Rejim penjajah

Laporan asal jam 01.50 petang, Mesir

AL-QUDS, - Jabatan Perdana Menteri rejim zionis mengatakan bahawa Israel(rejim zionis, rejim penjajah) telah membantu Pemerintah Palestin(Ramallah, Tebing Barat) membaik pulih kedudukan ekonomi dan keamanan di Tebing Barat.

Lapor radio zionis menukil dari kenyataan JPM zionis yang mengulas laporan Pengaman Bangsa-bangsa Bersatu(PBB) bahawa pemerintah Palestin telah bersedia untuk mengumumkan Negara Palestin sebuah Negara bebas, "jalan untuk mendirikan Negara Palestin masih panjang kerana proses ini bukan terikat dengan masalah persamaan dan pengendalian agensi-agensi Negara sahaja, akan tetapi ia turut berhubung dengan penyelesaian permasalahan yang masih tergantung."

Pautan lain:
(arkib)Permasalahan Penyelesaian Kemuncak

Semalam, laporan PBB mengesahkan bahawa Pemerintah Palestin yang diketuai Presiden Mahmoud Abbas telah menyiapkan persediaan yang besar bagi mentadbir Negara Palestin.

Laporan yang dikeluarkan dari Penyelaras Khas bagi usaha damai PBB di Timur Tengah menyebut, 'pusat operasi PBB di enam buah kawasan yang menjadi agensi-agensi Kerajaan telah memadai untuk menjalankan pentadbiran Kerajaan dengan baik'.

Sebagaimana yang dijadualkan, laporan tersebut akan dipersembahkan pada hari Rabu ketika perjumpaan Badan-badan Jawatankuasa PBB di Brussel yang juga disertai anggota-anggota Negara-negara penyumbang kepada Pemerintah Palestin.

Laporan itu menjelaskan bahawa Pemerintah Palestin dan agensi-agensinya telah bersedia kepada sebuah Negara ketikamana kami turut hampir untuk mencapainya pada september 2011.

Palestin telah mempersiapkan persediaannya bagi menuntut pengiktirafan Negara Palestin dalam Perhimpunan Agung PBB yang dijadualkan berlangsung pada bulan September akan datang. Pengiktiran tersebut merangkumi mana-mana tanah Palestin sebelum perang Julai 1967; di Tebing Barat, Semenanjung Gaza(media lain menyebut Genting Gaza, Jalur Gaza) dan ibu Negaranya iaitu BaitulMaqdis(Al-Quds). Sumber 13/04/2011, web berita safa.ps

Catatan masa di Tanah Palestin, 12/04/2011

[Turutan bermula dari bawah]

04.31 petang, Palestin/Mekah(03.31 petang, Mesir): Empat pekerja terowong bawah tanah di Rafah sesak nafas. Jelas Safa, mereka sesak nafas kesan dari gas-gas sisa peluru pesawat zionis dalam serangan akhir-akhir ini.

02.54 petang, Palestin/Mekah(01.54 petang, Mesir): Tentera rejim penjajah menangkap beberapa orang remaja Palestin di kawasan Abu Des, selatan BatiulMaqdis.

01.33 petang, Palestin/Mekah(12.33 petang, Mesir): Sebuah delegasi perubatan Britain melawat Semenanjung Gaza.

01.33 petang, Palestin/Mekah(12.33 petang, Mesir): Pihak keamanan Palestin Ramallah tangkap 3 anggota HAMAS di Tebing Barat.

01.27 petang, Palestin/Mekah(12.37 petang, Mesir): Seorang wanita Palestin yang hamil mengalami keguguran selepas rumahnya digeledah tentera penjajah di Awwarta, Tebing Barat.

Berita Al-Jazeerah: Tentera penjajah merempuh daerah Bitonia di Tebing Barat. Sementara itu, seramai 9 penduduk Palestin dari berlainan Wilayah di Tebing Barat telah ditangkap tentera penjajah awal pagi tadi.

Sumber 12/04/2011, safa.ps