22 April 2011

3 projek penempatan baru sekitar Al-Quds

Laporan jam 02.02 petang, Palestin/Mekah
Jam 01.02 petang, Mesir

BAITULMAQDIS(AL-QUDS) - Sebuah pertubuhan badan bukan kerajaan(NGO) Israel "Yesh Din" yang menentang penempatan telah mendedahkan semalam(Khamis) bahawa sebelum cuti sempena Hari Pesakh Yahudi, Kerajaan penjajah telah meluluskan 3 projek baru penempatan di kawasan-kawasan jajahan sekitar Al-Quds.
____________
Pautan lain:
Yesh Din, wikipedia
Yesh Din, web rasmi

_____________


Berhubung projek penempatan, Yesh Din dalam laporannya mengatakan, "projek jajahan Ramat Shlomo merangkumi 900 unit perumahan yang baru mengambil kira bidang tanah dari dua buah kampung, Shu'fat dan Bet Hanina(peta atas), projek jajahan penempatan Abu Ghoneim pula merangkumi 260 unit perumahan dan projek ketiga di kawasan jajahan penempatan Ras Al-Amoud yang berada di sekitar Kota Lama merangkumi 200 buah unit perumahan milik Irwin Moskovich, jutawan Yahudi."

Berbalik kepada projek-projek ini, penempatan di kawasan Ras Al-Amoud(peta sebelah) yang berada di deretan kawasan-kawasan sensitif adalah paling berisiko dan boleh mengakibatkan pergeseran secara langsung dengan penduduk asal Palestin.

Radio tentera Israel turut mendedahkan bahawa Kementerian Perumahan penjajah telah merancang pembinaan penempatan yang baru di jajahan Gif'at Ze'ev, kampung Beitunia(peta bawah), barat laut Al-Quds. Penempatan tersebut merangkumi 800 unit perumahan yang baru.

Sumber itu menyatakan perumahan tersebut bukan sebagaimana biasa kerana ia adalah perumahan di sebuah lokasi baru yang sangat strategik, lantas membentuk kesinambungan dari sudut geografi antara penempatan-penempatan dengan bandar Al-Quds. Tambahan pula, penempatan-penempatan ini menjadi sebahagian dari bandar Al-Quds yang tidak boleh dipisahkan.

Jelas radio tentera, Tel-Aviv mengambil pendekatan tidak mengumumkan projek-projek pembinaan yang baru di penempatan-penempatan di Tebing Barat bimbang wujudnya desakan dan tekanan dari pihak antarabangsa. Sumber 22/04/2011, web berita safa.ps dan forum koktel

Pautan:
Beitunia, wikipedia

Zionis mengebom Al-Mintar, 3 cedera

Laporan jam 10.35 pagi, Palestin/Mekah
Jam 09.35 pagi, Mesir

GAZA - 3 Palestin cedera pagi ini terkena serangan meriam zionis yang menyasarkan gudang-gudang simpanan berdekatan terminal Al-Mintar, timur bandar Gaza.

Berhubung kecederaan, jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza, Adham Abu Salmiah berkata, "ketiga-tiga mangsa mengalami kecederaan setelah kereta kebal zionis melepaskan tembakan artileri ke arah pekerja-pekerja di salah sebuah kilang, kesemua mangsa telah dibawa ke hospital As-Shifa'."

Sudut lain, radio Israel menyebut bahawa mangsa yang cedera itu adalah dari kalangan pekerja-pekerja PBB. Dakwa radio itu lagi, mangsa-mangsa yang cedera ekoran terkena tembakan peluru mortar 'hawn' yang ditembak penduduk Palestin yang berada di kawasan berkenaan.

Semalam(Khamis), jentera perang zionis telah memusnahkan beberapa buah gudang yang digunakan untuk pemunggahan dan simpanan kargo barang berdekatan terminal Al-Mintar.

Sebagaimana dilaporkan pagi semalam, jentera perang zionis menyodok kawasan perindustrian dan di sekitar terminal Al-Mintar yang terletak di arah selatan bandar Gaza termasuk gudang-gudang yang telah dibom hari ini.

Sementara itu, seorang petani Palestin mengalami kecederaan setelah ditembak tentera rejim zionis di utara Bet Lahiya semalam. Keadaan mangsa dilaporkan stabil. Sumber 22/04/2011, web berita safa.ps

Gambar di bawah hasil rakaman bergambar oleh agensi berita Safa ketika membuat liputan di kawasan yang dimusnahkan jentera perang zionis semalam.