01 Mei 2011

Netanyahu: Penyatuan Palestin membimbangkan Negara yang impikan damai Israel-Palestin

Laporan asal jam 02.36 petang, Palestin/Mekah
Jam 01.36 petang, Mesir

BAITULMAQDIS - Perdana Menteri Kerajaan rejim penjajah(Israel), Benjamin Netanyahu berkata, persetujuan baik pulih hubungan antara gerakan FATAH dan HAMAS semestinya menjadi perhatian kerana mengundang kebimbangan, lebih-lebih lagi kepada Israel dan semua Negara yang mengimpikan perdamaian antara Israel dengan Palestin.

Gambar(Safa): Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Kerajaan rejim penjajah.

Dakwa Netanyahu, 'Israel sebuah Negara yang berhasrat kepada perdamaian, namun tidak munkin lagi mencetuskan damai melainkan hanya dengan sesiapa yang mahukan damai dan bukannya dengan mereka yang mahu menghancurkan kami'.

Tambah Netanyahu ketika memberi ucapan dalam persidangan mingguan Kerajaan penjajah sebelum tengahari tadi, 'Israel menghulurkan tangan kepada semua masyarakat di rantau ini yang mahu hidup berdamai dengannya tetapi Israel akan berkeras terhadap tindakan yang cuba menyakitinya dan mendedahkan kewujudannya dalam bahaya'.

Menteri lain yang berucap, Yuli Adelstein menggesa gabungkan Tebing Barat ke dalam Negara Israel sebagai tindak balas kepada persetujuan baik pulih hubungan HAMAS dan FATAH. Sumber 01/05/2011, web berita safa.ps

Mula kempen diplomasi menentang Kerajaan Perpaduan

Laporan jam 10.45 pagi, Palestin/Mekah
Jam 09.45 pagi, Mesir

BAITULMAQDIS - Rejim zionis(Israel) telah mula melancarkan kempen diplomasi menentang pengiktiran ke atas Kerajaan Perpaduan Palestin yang melibatkan gerakan HAMAS.

Menukil dari sumber rasmi rejim zionis yang disiarkan melalui radio penjajah(Israel), Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri zionis(gambar) yang dijadualkan mengadakan lawatan rasmi dalam tempoh terdekat ini ke Paris dan London akan cuba membuatkan pemimpin-pemimpin Eropah mengikut kata Netanyahu agar tidak bersuara mengiktiraf penubuhan Negara Palestin tanpa ada persetujuan penyelesaian sebelum ini dengan rejim zionis.

Pada hari Rabu lepas, Kerajaan rejim zionis telah membuat ancaman sebaik sahaja gerakan HAMAS dan FATAH menandatangani persetujuan awal usaha baik pulih dalaman Palestin. Antaranya, rejim zionis mendesak Amerika Syarikat menghentikan bantuan kewangan kepada Pemerintah Palestin Ramallah.

Netanyahu turut mengancam dengan memberi pilihan kepada Pemerintah Palestin Ramallah sama ada mahu berdamai dengan 'rejim zionis' atau berbaik dengan HAMAS.

Laporan lain berhubung Kerajaan Perpaduan Palestin yang disyaratkan mengiktiraf kewujudan Negara Israel menurut asas-asas yang ditetapkan Kuartet Timur Tengah malah termaktub dalam piagam PBB(United Nation) mengiktiraf Israel bagi mendapatkan kelayakan antarabangsa, HAMAS berkata tidak akan mengiktiraf Israel.

Peta: Perbezaan ketara dari tahun 1947 sehingga 2003. Siapa yang memberi hak kepada zionis sehingga berdirinya Negara Israel sedang Palestin terus merana?

Kata Dr. Mousa Abu Marzook, Timbalan Ketua Biro Politik HAMAS, "dalam masalah ini, HAMAS ada pendirian asasnya, iaitu tidak akan mengiktiraf kewujudan Israel, memang tidak masuk akal hendak iktiraf rejim zionis kerana semua ini berkait dengan tanah-tanah kami yang dirompak sedang dalam masa yang sama masyarakat kami hidup di kem-kem pelarian." Sumber 01/05/2011, web berita safa.ps