06 Mei 2011

Demontrasi menentang Israel di Kaherah

KAHERAH - Gerakan 'pemuda 6 April' telah mengadakan demontrasi menunjuk perasaan di hadapan kedutaan Israel di Giza, Kaherah pada jam 2.00 petang tadi.

Penyelaras media gerakan itu berkata, demontrasi ini adalah sokongan kepada intifadhah Palestin dan tanda setuju persepakatan baik pulih hubungan dalaman Palestin yang berlangsung bawah seliaan Mesir. Jelas lagi, demontrasi ini juga membantah ancaman-ancaman Israel dan jajahan ke atas tanah-tanah Arab.

Sementara itu, satu demontrasi lain selepas Jumaat berlangsung di dataran Tahrir(Medan Tahrir). Beratus-ratus penduduk Mesir berdemontrasi bagi menyokong penduduk Palestin dan menyatakan mahu menyertai intifadhah ketiga Palestin yang dijangkakan berlaku pada 15 Mei ini.

Para penunjuk perasaan mengibarkan bendera Palestin dan sepanduk-sepanduk yang mengutuk kekejaman rejim zionis(Israel) di tanah Palestin.

Mereka melaungkan, 'khaibar...khaibar ya Yahud, jaish Muhammad saufa ya'ud..wahai tentera Qassam hancurkan Tel-Aviv, wahai Yahudi..kami mahu kamu tahu 15 Mei ini kami akan pergi ke Al-Quds..wahai zionis adakah kamu masih berbuat fitnah atau apa'.

Sejak 25 Januari yang lalu, demontrasi membantah dan menentang rejim zionis telah meningkat. Hal ini menyebabkan rejim zionis dihantui kebimbangan dan perasaan itu kerap kali diungkitkan melalui ucapan serta kenyataan pemimpin-pemimpin zionis. Sumber 06/05/2011, web berita safa.ps

Netanyahu: HAMAS mahu campak Israel ke laut

PARIS - Perdana Menteri rejim zionis(Israel), Benjamin Netanyahu menyebut dengan terang bahawa tujuan penubuhan Negara Palestin mesti menyelesaikan konflik dan bukannya berterusan dengan konflik sepertimana yang dikehendaki oleh gerakan HAMAS.

Nyata Netanyahu lagi kepada wartawan-wartawan ketika sidang media bersama Presiden Perancis, Nicholas Sarkozy di Paris malam semalam, 'perlu sangat mendapatkan penjelasan-penjelasan berhubung pendirian HAMAS selepas menandatangani persepakatan baik pulih hubungan dalaman Palestin'.

Perdana Menteri rejim zionis mengisyaratkan bahawa perkara yang berlegar-legar waktu ini ialah penubuhan Negara Palestin yang membenarkan HAMAs memperolehi kedudukan yang lebih baik sebagai permulaan untuk mencampakkan Israel ke laut.

Lapor sumber, sebagaimana yang dijadualkan, Netanyahu akan bertemu dengan rakan sejawatnya, François Fillon, Perdana Menteri Perancis dan wartawan-wartawan veteran Perancis dalam beberapa jam lagi selepas tengahari sebelum kembali ke Israel. Sumber 06/05/2011, web berita safa.ps