11 Mei 2011

HAMAS, FATAH ke Kaherah Sabtu ini bentuk Kerajaan

Laporan jam 12.06 tengahari, Palestin/Mekah
Jam 11.06 pagi, Mesir

GAZA - Salah Bardawil, anggota Biro Politik HAMAS menyatakan gerakan HAMAS dan FATAH akan beredar ke Republik Arab Mesir pada hari Sabtu ini untuk membentuk Kerajaan baru yang dipimpin golongan teknokrat.

Ketika pertemuan dengan mahasiswa-mahasiswi Universiti Islam Gaza cawangan selatan, beliau menjelaskan bahawa sebuah Jawatankuasa Arab terdiri dari Negara Mesir, Qatar dan beberapa lagi buah Negara Arab telah dibentuk untuk memantau perlaksanaan hasil dari persetujuan yang telah ditandatangani HAMAS dan FATAH di Kaherah. Berikutan itu, beliau memuji peranan Negara-negara Arab dan Mesir yang menjayakan usaha baik pulih.

Pemimpin HAMAS itu turut mengatakan bahawa peranan besar revolusi Mesir telah menyempurnakan usaha baik pulih hubungan dalaman Palestin, sambil menjelaskan bekas pemerintah Mesir, Muhammad Housni Mubarak meletakkan penghalang ke atas usaha baik pulih Palestin demi keuntungan kepentingan peribadi dengan menolak pemerhatian(cadangan dan seumpamanya) HAMAS ke atas cadangan Mesir.

Secara tidak langsung, beliau menyebut bahawa kajian membentuk badan keselamatan Palestin akan dijalankan semula sebelum pilihanraya akan datang. Jelas lagi, badan keselamatan Palestin yang ada sekarang di Tebing Barat dan Semenanjung kekal sepertimana biasa.

Tambahan lagi, sebuah Jawatankuasa Kerjasama HAMAS-FATAH akan ditubuhkan bagi mengembalikan tugas kepada mereka yang kehilangan kerja tanpa mengganggu-gugat tenaga kerja yang ada sekarang serta menubuhkan Jawatankuasa-jawatankuasa naik taraf sosio-masyarakat dan Jawatankuasa-jawatankuasa yang memantau permasalahan dan kesan pergolakan konflik(perpecahan).

Berhubung pengawasan Kerajaan baru, Kata Salah Bardawil, "sebaik sahaja Kerajaan baru terbentuk, Majlis Legislatif Palestin akan bertindak dan mengawasi Kerajaan kerana itulah peranannya, diikuti dengan kaji selidik keadaan ahli-ahli parlimen Palestin yang berada dalam tahanan rejim penjajah." Sumber 11/05/2011, web berita safa.ps

Petani Gaza jadi sasaran zionis

Laporan jam 07.14 malam, Palestin/Mekah
Jam 06.14 petang, Mesir

GAZA - Para petani di kawasan dua buah bandar, Der Balah dan Khan Yunus menjadi sasaran tembakan senjata berat dari menara-menara kawalan tentera rejim zionis yang terletak di pinggir timur kawasan berkenaan.

Pemberita Safa memperincikan bahawa menara kawalan tentera zionis di pinggir kawasan السناطي , di timur Khan Yunus melepaskan tembakan secara putus-putus ke arah para petani yang sedang menuai gandum dan barli di tanah mereka yang berdekatan dengan garisan sempadan.

Serentak kejadian itu, menara-menara kawalan tentera zionis yang lain pula menyasarkan tembakan secara rambang dan bertubi-tubi ke arah petani serta rumah-rumah yang berhampiran pos tentera zionis Kissufim dan sebuah lagi kawasan di Der Balah, Gaza Tengah.

Ceroboh dan ratakan tanah

Lapor Safa pada jam 03.14 petang, waktu Palestin, beberapa buah jentolak tentera zionis melakukan pencerobohan terbatas pada petang tadi dari arah timur bandar Gaza sambil melepaskan tembakan, di samping meratakan tanah-tanah dan mengorek parit sejauh dalam lingkungan 250 meter.

Menurut saksi, ketika jentola zionis meratakan tanah, kedengaran letupan kuat serta kepulan asap di udara. Jelasnya, tidak mengetahui sebab sebenar letupan itu.

Saksi kejadian menceritakan bahawa beberapa buah jentolak tentera zionis yang menceroboh terdiri dari beberapa jenis yang berbeza, sebahagiannya agak besar.

Berhubung kejadian pencerobohan dan tembakan zionis di Gaza, tiada laporan mengenai kecederaan. Sumber 11/05/2011, web berita safa.ps